BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Feb 21, 2013

Kisah Cinta = Lelaki 1 Vs Lelaki 2.





Ada seorang lelaki 1 (AMIR) dan wanita (SITI) pada mulanya mereka berkawan, tapi lama kelamaan si Amir dan Siti  jatuh cinta antara satu sama lain.. Siti sedar bahawa dia cinta pada Amir kerana populariti Amir, ramai orang yang tergila2kan amir kerana ketampanannya,  namun, kerana sikap Siti yang berpendirian bahawa ingin bercinta dengan seseorang yang bergelar suami sahaja membuatkan  Siti menafikannya..

L1: sudikah kamu menjadi my girlfriend?
P: maafkan saya, saya tidak dapat menerima kamu..
L 1: tapi kenapa?? kamu juga mencintai saya juga bukan?
P: iya…memang saya mencintai kamu tetapi cinta saya hanya sebagai seorang sahabat..
L 1: tipu..kamu ada orang lain??
P: tidak..
L1: habis tu kenapa?? cuba bagi alasannya..
P: baiklah… sebenarnya saya memutuskan untuk tidak bercouple ataupun bercinta… saya hanya ingin bercinta dengan suami saya…harap kamu faham… kita boleh bersahabat kan??
L1: ok.. baiklah kalau dah itu keputusan kamu..

Amir terus sentap.. persahabatan yang rapat menjadi renggang semenjak peristiwa itu… Amir tidak pernah berhubung dengan Siti lagi, sedangkan Siti tetap berhubung untuk mengetahui khabar dari seorang sahabat…

Beberapa minggu kemudian, Siti bertemu dengan Amir bersama dengan seorang perempuan yang diketahui sebagai girlfriendnya…

Siti memahami Amir.. itulah yang dia mahu…bercinta sana sini.. lalu Siti mengambil keputusan untuk tidak berhubung dengan Amir lagi kerana khuatir akan menjadi dalang ataupun perosak dalam perhubungan mereka..

Setahun kemudian, Siti berjumpa dengan seorang lelaki 2 (ALIFF) di sebuah laman sesawang…dan mereka bersahabat baik…. Mereka tidak pernah berjumpa kerana Aliff tidak pernah mengajak Siti untuk berjumpa…Aliff juga sangat terkenal tetapi dia tidak terkenal kerana ketampanannya dia terkenal kerana agamanya, lelaki yang suka bertilawah, menghafal Al-quran..suka mencari ilmu, hubungan baik dengan orang disekelilingnya…
Tidak dinafikan, Siti juga jatuh cinta pada Aliff.. tetapi pendirian perempuan itu masih teguh..lalu menganggap itu semua adalah ujian dari Allah…

Beberapa tahun kemudian, si perempuan menerima SMS dari Aliff yang berbunyi:
“ Salam.. sy nak memberitahu Siti sesuatu, sebenarnya saya sudah lama meminati Siti tetapi saya tidak berupaya untuk mengucapkannya.. hari ini baru hati saya tergerak untuk memberitahu Siti…. Sudikah kamu menjadi isteri saya??”

Siti sangat terharu kerana Aliff merupakan itulah lelaki pertama yang melamar dia sebagai seorang isteri… bukan melamar sebagai couplenya yang boleh membawanya kesana kemari sesuka hati..
Beberapa minggu kemudian, Siti menerima SMS dari Amir..
AMIR= “ salam.. kamu dimana sekarang? Lama tak dengar cite.
SITI = “ saya sihat Alhamdulillah..”
AMIR= “ kamu masih cintakan saya?? Sebenarnya saya masih mencintai kamu..saya ingin kamu jadi teman hidup saya.. maafkan saya kerana tidak berhubung dengan kamu selama ini”
SITI= “ Maafkan saya, sy sudah bertunang dan tidak lama lagi akan berkahwin, nanti datanglah majlis kahwin saya nanti, kamu masih sahabat saya kan.. jangan tak datang tau…”
AMIR=“ bila kamu bertunang? Kenapa tidak bagitau?”
SITI= “ Pertunangan tidak perlu dihebohkan.. perkahwinan itu yang perlu dihebohkan..”
End….


0 COMMENT. ( ^_^ ):