BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Feb 7, 2013

Apa beza blog lelaki dan blog perempuan?





Assalamualaikum…pembaca tersayang.. internet yang slow begini agak sadis untuk aku berblog mahupon berblogwalking but aku ni seorang yang degil dan tidak mudah putus asa berblogwalking jugak dalam keadaan internet yang slow macam siput Barbie..hehe.. mula2 aku akan lawat blog yang tinggal link diorang kat chatbox aku tu, baca2 ada jugak blogger yang minta izin nak tumbuk tuan punye blog ni…haha.. maaf la kalu ambe ada buat kesilapan kepada deme..tiada niat langsung..

Alang2 aku dah  mengadap laptop, baik aku mengupdate blog lagipon aku rindu giler kat blog aku ni..haha..

Ok, point hari ni perbezaan antara blog lelaki dan blog wanita.

1. Cara berblog?
Blog lelaki selalunya derect to the point, blog perempuan pula indirect malah yang ada meleret-leret. Kalau aku baca blog lelaki misalnya entry dia pasal macam mana nak jadi handsem, selalunya mereka terus kepada point2 berkenaan tajuk. Kalau blog perempuan pulak mukadimah kemain panjang sempat lagi citer “ tadi balik dari kelas singgah kat kedai kak kedai kasut sekejap, pastu tetiba kawan datang, bila nak balik rumah ada pulak jiran sebelah tegur, pastu jumpa dengan kak peah tepi jalan borak2 kejap, balik rumah kena bebel dengan mak, masuk bilik jumpa kucing senang lenang tido atas katil” contoh la.haha..xde niat nak perli sape2… pastu barulah ada point2nya.. Memang la blog lelaki pon ada jugak indirect tapi tak banyak..kalau yang indirect tu nampak pelik la pulak..

2. Warna blog?
Kalau blog lelaki takde warna lain, hitam dan putih kalau tak pon biru.haha.. Kalau perempuan mesti pink.. sepanjang aku berblog kebanyakannya blog warna pink aku jumpa.. jarang sangat warna ungu, kuning, warna oren macam aku ni..hoho.. Pink kan comel..hehe.

3. Entry?
Apakah tajuk entry yang selalu blogger perempuan dan lelaki postkan? Bila aku singgah blog perempuan mesti aku jumpa entry yang berkaitan cinta, make up, fesyen..dan banyak lagi yang berkaitan sosial  hehe.. kalau blogger lelaki lebih banyak dengan entry berkaitan teknologi, sukan, aktiviti2, ekonomi,  politik.. Tapi tajuk entry sebenarnya depand pada orang tu macam mana.. Tapi ingat cara berblog juga salah satu cara nak kenal orang tu macam mana..jadi berhati2 la apabila mengutarakan idea atau melepaskan perasaan dalam blog.. *pesanan sesame kita…



0 COMMENT. ( ^_^ ):