BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Feb 27, 2013

Tips Untuk Kekalkan Kegembiraan.


- Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya. Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan.Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy.

-Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan.

Happiness attracts more happiness,joy attracts more joy!

-Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda rasa, ucapkan syukur selalu. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.

-Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling Anda, ucap walau peranan mereka pada Anda kecil saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat Anda, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta Anda. Andai kata kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan Anda, membuat Anda sedar kesalahan yang Anda lakukan.

-Tiap kali Anda dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasalahan, alihkan seketika fikikiran Anda pada benda-benda yang Anda ada dan hargai orang-orang di sekeliling Anda. Ini menjadikan Anda bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah.

-Dulu, kita bersemangat sebab kita nak capai sesuatu. Sekarang, gunakan kesyukuran untuk membuat diri Anda bersemangat selalu.

Kegembiraan yang terbit dari kesykuran lebih bertahan lama. Ia membuat Anda jadi energetik. Anda akan komited pada apa saja yang Anda lakukan. ^_^



Feb 21, 2013

Kisah Cinta = Lelaki 1 Vs Lelaki 2.





Ada seorang lelaki 1 (AMIR) dan wanita (SITI) pada mulanya mereka berkawan, tapi lama kelamaan si Amir dan Siti  jatuh cinta antara satu sama lain.. Siti sedar bahawa dia cinta pada Amir kerana populariti Amir, ramai orang yang tergila2kan amir kerana ketampanannya,  namun, kerana sikap Siti yang berpendirian bahawa ingin bercinta dengan seseorang yang bergelar suami sahaja membuatkan  Siti menafikannya..

L1: sudikah kamu menjadi my girlfriend?
P: maafkan saya, saya tidak dapat menerima kamu..
L 1: tapi kenapa?? kamu juga mencintai saya juga bukan?
P: iya…memang saya mencintai kamu tetapi cinta saya hanya sebagai seorang sahabat..
L 1: tipu..kamu ada orang lain??
P: tidak..
L1: habis tu kenapa?? cuba bagi alasannya..
P: baiklah… sebenarnya saya memutuskan untuk tidak bercouple ataupun bercinta… saya hanya ingin bercinta dengan suami saya…harap kamu faham… kita boleh bersahabat kan??
L1: ok.. baiklah kalau dah itu keputusan kamu..

Amir terus sentap.. persahabatan yang rapat menjadi renggang semenjak peristiwa itu… Amir tidak pernah berhubung dengan Siti lagi, sedangkan Siti tetap berhubung untuk mengetahui khabar dari seorang sahabat…

Beberapa minggu kemudian, Siti bertemu dengan Amir bersama dengan seorang perempuan yang diketahui sebagai girlfriendnya…

Siti memahami Amir.. itulah yang dia mahu…bercinta sana sini.. lalu Siti mengambil keputusan untuk tidak berhubung dengan Amir lagi kerana khuatir akan menjadi dalang ataupun perosak dalam perhubungan mereka..

Setahun kemudian, Siti berjumpa dengan seorang lelaki 2 (ALIFF) di sebuah laman sesawang…dan mereka bersahabat baik…. Mereka tidak pernah berjumpa kerana Aliff tidak pernah mengajak Siti untuk berjumpa…Aliff juga sangat terkenal tetapi dia tidak terkenal kerana ketampanannya dia terkenal kerana agamanya, lelaki yang suka bertilawah, menghafal Al-quran..suka mencari ilmu, hubungan baik dengan orang disekelilingnya…
Tidak dinafikan, Siti juga jatuh cinta pada Aliff.. tetapi pendirian perempuan itu masih teguh..lalu menganggap itu semua adalah ujian dari Allah…

Beberapa tahun kemudian, si perempuan menerima SMS dari Aliff yang berbunyi:
“ Salam.. sy nak memberitahu Siti sesuatu, sebenarnya saya sudah lama meminati Siti tetapi saya tidak berupaya untuk mengucapkannya.. hari ini baru hati saya tergerak untuk memberitahu Siti…. Sudikah kamu menjadi isteri saya??”

Siti sangat terharu kerana Aliff merupakan itulah lelaki pertama yang melamar dia sebagai seorang isteri… bukan melamar sebagai couplenya yang boleh membawanya kesana kemari sesuka hati..
Beberapa minggu kemudian, Siti menerima SMS dari Amir..
AMIR= “ salam.. kamu dimana sekarang? Lama tak dengar cite.
SITI = “ saya sihat Alhamdulillah..”
AMIR= “ kamu masih cintakan saya?? Sebenarnya saya masih mencintai kamu..saya ingin kamu jadi teman hidup saya.. maafkan saya kerana tidak berhubung dengan kamu selama ini”
SITI= “ Maafkan saya, sy sudah bertunang dan tidak lama lagi akan berkahwin, nanti datanglah majlis kahwin saya nanti, kamu masih sahabat saya kan.. jangan tak datang tau…”
AMIR=“ bila kamu bertunang? Kenapa tidak bagitau?”
SITI= “ Pertunangan tidak perlu dihebohkan.. perkahwinan itu yang perlu dihebohkan..”
End….


Feb 15, 2013

TEKNIK BERCERMIN?




Assalamualaikum wahai pembaca...

Hari ni saya ingin berkongsi satu teori yang penting la jugak untuk kita ketahui iaitu teori homofili. Teori apa ni? macam susah je bunyinya. Mesti ada sesetengah orang tidak mengambil kisah tentang teori2 ni..sebab banyak dan agak susah untuk mengingati sesebuah teori tapi tahukah anda tanpa teori hujah kita menjadi hambar..hehe..

Teori homofili ni boleh dikatakan sebagai teknik bercermin atau dalam omputehnya mirroring.  Teknik bercermin?? cerciter2..

Ok, secara mudahnya teori ini mengatakan bahawa manusia suka pada wajahnya sendiri. Ok, siapa yang suka pada wajah mereka sendiri dan siapa yang tak suka pada wajah mereka??angkat tangan.. sape yang tak angkat tu masih dalam proses loading kot…atau mengalami kekeliruan..

Mengikut teori ni juga, kita mudah  menyukai orang2 yang sama dengan kita dari segi nilai, sikap, dan perangainya. Hal ini kerana, orang yang serupa nilai, sikap dan perangainya menyukai dan membenci perkara2 yang sama. Contonya.. kaki buat ketupat suka berbual-bual bersama kaki buat ketupat, kaki bola suka bergaul sesame kaki bola, kaki membaca suka bersama dengan kaki membaca juga dan bermacam2 kaki lagi…hehe..itu contohnye la..

Yang sebenarnya orang yang suka kepada kita adalah orang yang wajahnya serupa wajah kita sendiri. Jadi, kalau anda nak menarik minat orang politik supaya mahu bercakap dan berbual dengan anda, maka anda perlulah menyukai apa yang mereka sukai. Kalau kita minat untuk berniaga dan ingin mencari partner untuk sama2 berjuang, maka kita perlulah mencari orang yang minat berniaga juga..ha..contohnye la..

Bagi contoh lain…?? Dalam  pencarian jodoh seseorang ada kaitan tak dengan teori ni?
Ya…teori ini juga boleh diaplikasikan dalam situasi pencarian soulmate.. contohnya dari segi taraf pendidikan, seseorang itu cenderung memilih orang yang sama taraf pendidikan dengannya, sebab tu kita perhatikan ramai guru berkahwin dengan guru, doktor dengan doktor juga, ustazah dengan uztaz, peniaga dengan peniaga..contohnya la…. Try kita tengok blogger terkenal maria Elena ahakss…dia dijodohkan dgn someone yg sekepala dgnnya.. pasangan serasi..smoga mereka kekal hgga ke syurga…

Sama jugak dalam memilih kawan, kita sering memilih kawan yang satu kepala dengan kita, baru kita rasa happy dalam berkawan..

Ok, that’s all…untuk perkongsian hari ini..


Feb 7, 2013

Apa beza blog lelaki dan blog perempuan?





Assalamualaikum…pembaca tersayang.. internet yang slow begini agak sadis untuk aku berblog mahupon berblogwalking but aku ni seorang yang degil dan tidak mudah putus asa berblogwalking jugak dalam keadaan internet yang slow macam siput Barbie..hehe.. mula2 aku akan lawat blog yang tinggal link diorang kat chatbox aku tu, baca2 ada jugak blogger yang minta izin nak tumbuk tuan punye blog ni…haha.. maaf la kalu ambe ada buat kesilapan kepada deme..tiada niat langsung..

Alang2 aku dah  mengadap laptop, baik aku mengupdate blog lagipon aku rindu giler kat blog aku ni..haha..

Ok, point hari ni perbezaan antara blog lelaki dan blog wanita.

1. Cara berblog?
Blog lelaki selalunya derect to the point, blog perempuan pula indirect malah yang ada meleret-leret. Kalau aku baca blog lelaki misalnya entry dia pasal macam mana nak jadi handsem, selalunya mereka terus kepada point2 berkenaan tajuk. Kalau blog perempuan pulak mukadimah kemain panjang sempat lagi citer “ tadi balik dari kelas singgah kat kedai kak kedai kasut sekejap, pastu tetiba kawan datang, bila nak balik rumah ada pulak jiran sebelah tegur, pastu jumpa dengan kak peah tepi jalan borak2 kejap, balik rumah kena bebel dengan mak, masuk bilik jumpa kucing senang lenang tido atas katil” contoh la.haha..xde niat nak perli sape2… pastu barulah ada point2nya.. Memang la blog lelaki pon ada jugak indirect tapi tak banyak..kalau yang indirect tu nampak pelik la pulak..

2. Warna blog?
Kalau blog lelaki takde warna lain, hitam dan putih kalau tak pon biru.haha.. Kalau perempuan mesti pink.. sepanjang aku berblog kebanyakannya blog warna pink aku jumpa.. jarang sangat warna ungu, kuning, warna oren macam aku ni..hoho.. Pink kan comel..hehe.

3. Entry?
Apakah tajuk entry yang selalu blogger perempuan dan lelaki postkan? Bila aku singgah blog perempuan mesti aku jumpa entry yang berkaitan cinta, make up, fesyen..dan banyak lagi yang berkaitan sosial  hehe.. kalau blogger lelaki lebih banyak dengan entry berkaitan teknologi, sukan, aktiviti2, ekonomi,  politik.. Tapi tajuk entry sebenarnya depand pada orang tu macam mana.. Tapi ingat cara berblog juga salah satu cara nak kenal orang tu macam mana..jadi berhati2 la apabila mengutarakan idea atau melepaskan perasaan dalam blog.. *pesanan sesame kita…