Dec 30, 2013

PENUTUP 2013


Sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku ingin menutup tirai entry terakhir bagi tahun 2013.

Terima kasih mak, abah, keluarga, sahabat2, cikgu2, lecturer2 dan sesiapa sahaja yang kenal diri ini mahupun tak kenal. Terima kasih buat hidup ini begitu bermakna, terima kasih kerana sudi berkongsi segala suka duka bersamaku.. Meskipun adakalanya terpaksa aku berjalan di atas pohon yang rapuh, tetap jua mereka berjalan bersamaku..

Buat sahabat2 seuniversiti, sefakulti, sejabatan atau sekelas, tiada istilah berpisah ok, kita pasti bertemu jua kalau tidak waktu yang terdekat mungkin waktu bergelar ibu atau nenek nanti. Meskipun raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat..

Tolong maafkan aku, kalau aku ada buat silap. Kadang2 kita tak perasan yg kita telah mengguris lagi menghiris hati seseorang, Itu ok lagi tapi bagi yang perasan dirinya telah membuat salah tapi susah untuk minta maaf. inila yang bahaya, kadang2 boleh menghantui kita.

Tapi kenapa ada sesetengah orang susah sangat nak meminta maaf walaupun dia tau dia bersalah? Dan kenapa pula ada orang yang mudah sangat minta maaf walaupun dia tak bersalah? Tapi sedarlah bahawa perkataan maaf itulah yang boleh tegakkan semula tembok yang runtuh. Kadangkala kita perlu mulakan dulu untuk minta maaf walaupun kita tak salah, simpan ego tu dulu dalam peti keselamatan, supaya ia selamat di dalam, jangan biarkan ia keluar menguasai kita, dan jangan risau penilaian orang terhadap kita nanti kerana Allah itu maha tahu segalanya.


Bercakap tentang azam tahun baru, ia masih sama spt azam 2013, azam 2013 aku belum tercapai ia harus ditunaikan dahulu sebelum aku buat azam baru.. Mungkin ia perlukan masa yang agak lama..

Ok, Hujung tahun ni juga bakal ditutup tirai oleh himpunan Guling Kerajaan. Bagaimanakah agaknya suasana himpunan itu?

Tergelak seketika apabila mendengar masih ada lagi yang menyeru kita berfkir positif terhadap kenaikan harga yang melambung.. Dengan alasan yg tidak ada logiknya. Mungkin yg kaya raya mampu lagi relaks dgn apa yg berlaku tp tidak bagi yang susah macam kami ni.. Menyeru rakyat berjimat cermat tp yg menyeru tidak berbuat sedemikian. Malah makin melambung2 tahap pembazirannya. Yang terbaru 15 juta dihabiskan untuk detik 2014. 



Selamat Tahun Baru Semua.

Good Bye 2013, Welcome 2014


Dec 19, 2013

HAPUSKAN SOCIAL LOAFING!!


Sesesorang yang bekerja secara kumpulan cenderung untuk curi tulang kerana mereka menganggap ada orang lain dalam kumpulan tersebut yang akan buat kerja. Tanpa sedar hal inilah yang banyak terjadi dalam kalangan pelajar, pekerja, keluarga dan kita2.. Jadi apakah yg akan berlaku jika adanya fenomena sebegini?

Inilah social loafing, Aku kenal dgn istilah ni waktu praktikal dulu, aku menggambarkan situasi kerja, lecturer aku suh baca istilah ni.. Tp sekarang jumpa balik istilah ni dlm subjek psikologi sosial.. inilah kelebihan belajar psikologi, kita akan kenal dengan pelbagai istilah, istilah2 inilah yang memberi jawapan kepada kita tentang sesuatu yang berlaku dalam hidup dan persekitaran kita.. Tapi tidak ramai yg tertarik dengan ilmu psikologi padahal ia penting, ia penting utk kita memahami manusia lebih2 lagi manusia yg suka pakai topeng.. (dh melarat2 tulisan)


Back to the point, susah kan kalau kerja kumpulan ni.. kalau kumpulan tu terdiri daripada individu yg bertanggungjawab takpa la.. Ni tak, sudah diberi tugas masing-masing, tapi masih lagi xtau erti tanggungjawab.. Yang taunya, beri alasan yang sudah lapuk, lebih lapuk lagi dari bujang lapuk.. Terlalu mengharapkan orang lain, tp tidak fikirkan orang lain... 

Macam mana nak atasi fenomena ni? Macam mana kita nak hapuskan tgkahlaku social loafing ni dlm kalangan kumpulan kita? ketuk kepala ke.. - Dr Malini i need you...


Dec 12, 2013

Kenapa Lelaki tu Simple?


Kenapa lelaki tu simple?

Pada suatu malam, jam 3am, ketika online fb, ternampak adik lelaki bongsu aku yang berumur 14 tahun tu online kat fb.. Lalu aku menegurnya kat chat fb..

Aku: Hey! kat kedai CC lagi masa ni.. Buat apa? Dah tengah malam ni, p la balik rumah.
Adik: Bukan CC, kt rumah.
Aku: Rumah? Online pakai apa pulak?
Adik: Pakai telefon.
Aku: Bila masa beli telefon? Telefon apa? Harga berapa? Ambik duit mana?
Adik: Kerja la..
Aku: Kerja kat mana? Kerja macam mana? Dengan siapa? Brp sebulan gaji?
Adik: Hentian gua musang..

Ya Allah, tengok.. banyak soalan yang aku tanya tapi adik aku hanya memilih salah satu soalan yg aku ajukan.. Dia hanya bagi jawapan seketul saja.. Bila dah jadi macam tu, aku terus call mak aku tanya lebih terperinci pasal dia.. Semua soalan aku dah terjawab.. Balik nanti nak tukar telefon dgn adik..

Satu lagi kisah, Pada suatu hari, Waktu menunggu abang ambil aku nak balik kampung.. aku sms abang aku..

Aku: Kat mana? Lambat lagi ka sampai.. aku dah ada kat bawah ni..
Abang: Jap..
Aku: dah On the way ka kat rumah lagi..? aku nak pi naik umah balik, nak pi tandas..
Abang: ok..

Ni Lagi satu, jawab macam tu ja.. pening kepala aku.. pertanyan xterjawab.. Memang la pertanyaan xterlalu penting tp ia memerlukan jawapan.. dah jelas2 ada tanda soal kat situ.. 

Aku tak marah diorang, cuma aku tertanya2.. kenapa lelaki tu simple..? Sebenarnya lelaki bukan simple dalam hal ni ja, banyak lagi dalam hal lain yg aku perhatikan, cukup la dgn subjeknya adik dan abang aku.. Tp xsemestinya semua lelaki simple.. 

Orang kata lelaki ni simple, wanita ni complicated.. benarkah?
Salah satu bukti kita boleh lihat dalam sms.. bila perempuan sms "kat mana?" kepada kekasihnya..
Sebenarnya, perempuan bukan sahaja mengharapkan lelaki tu menjawab persoalannya sahaja tp mengharapkan jawapan yang lebih panjang yg boleh mengeratkan hubungan mereka.. betul dak? Baik  kamu mengaku.. 

Perempuan ni agak lemah dgn ayat lebih2 lagi dengan ayat berbunga2.. Aku ingat lagi pesan daripada pengamal Neuro-Lingustic Programming (NLP), katanya berhati-hatil dengan lelaki jenis Auditory iaitu lelaki yang pandai berkata-kata dan pandai mengayat..

*Terlebih kafein sudah, susah mata nak tido..

Dec 10, 2013

KITA NI BIAS BUKAN?



Apa itu bias atau berat sebelah?
Kalau ikut kamus dewan bias bermaksud kecenderungan atau sikap prejudis terhadap seseorang atau kumpulan terutamanya dalam perlakuan yang tidak adil.
Bias ni sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Bias ada macam2 jenis.. bias gender, bias dalam keluarga, kumpulan, kawan, pendidikan, kerja dan sebagainya.. Tapi kali ni aku nak tulis pasal bias pemikiran, ia istilah dlm psikologi sosial..  


Okay, cuba kamu sediakan kertas dan jawab soalan di bawah.. Tulis ja kat mana2, tp jangan tulis atas meja sptmana yg selalu kamu buat kat sekolah dulu tu..

1. Saya tidak hadir ke kelas hari ini kerana?
2. Pointer saya sangat baik berbanding dengan semester lepas kerana?
3. Saya berjaya dapatkan kerja itu kerana?
4. Saya gagal dalam subjek sejarah kerana?



Sudah? Okay.. Berdasarkan kepada jawapan kita, bila sesuatu perkara yang berbau kejayaan atau positif, kita cenderung mengaitkannya kepada faktor dalaman kita. Manakala sesuatu yg berbau kegagalan atau negatif kita cenderung memberi jawapan berdasarkan faktor luaran. Itulah yang dikatakan sebagai bias keutamaan kendiri atau self-serving bias..

contoh soalan 1 di atas, bagi yg jawab xhadir kls sebab bus lambat, demam, sakit perut, pening kepala atau sesuatu yg disebabkan oleh takdir (faktor luaran), sebenarnya dia sedang bias terhadap dirinya sendiri.. walaupun sebenarnya dia tidak hadir ke kelas kerana bangun lambat.. (faktor dalaman). Kita akan cari alasan yang tidak menampakkan yg kita ni buruk..

Bagi soalan 2, soalan positif kan.. kebanyakan orang cenderung untuk memberi jawapan berdasarkan sebab diri kita sendiri.. sudah tentu kita beri jawapan – pointer sy baik berbanding mggu lepas kerana kerja keras saya, usaha gigih saya.. ada ka orang bagi jawapan sebab saya meniru dalam exam walaupun dia betul2 meniru dalam exam..

Begitu juga soalan 4, jawapan kita- kerana subjek sejarah sangat susah, xde rezeki.. walaupun kita gagal kerana tidak membaca..


Jadi nak kata disini, pemikiran kita ni bias,kita akan mengaitkan sebab takdir atau orang lain atas perkara buruk atau nasib yg melanda diri kita, jarang sekali kita mengakui kesilapan kita.. kita akan cari juga sebab lain semata2 nak selamatkan diri kita…

Akan bersambung dgn tajuk bias2 yg lain..


Nov 22, 2013

Ingatan kita




Ingatan atau memori kita ni susah untuk diterangkan dan susah untuk faham bukan?
Tidak semua peristiwa yang kita lalui sebelum ni kita dapat ingat. Kekadang peristiwa yang kita tidak mau ingat, kita akan ingat, kekadang juga peristiwa yang kita mau ingat, ia hilang begitu sahaja dalam ingatan kita. Mungkin ada something wrong yg berlaku kat otak kita..


Ingat lagi tak apa yang kita buat pada hari isnin tarikh 12.11.12 ? Bermula dari bangun tidur sampai nak masuk tidur balik, ingat tak? Pasti tak boleh ingat semuanya bukan? Tapi ada juga orang yang boleh ingat semua perkara yang dia buat walaupun sudah bertahun-tahun lamanya, dia boleh ingat apa yang berlaku pada mana-mana tarikh, bila-bila ja dia boleh ingat baju apa yang dipakai, apa yang dia makan time tu, apa yang dia dengar… kita ni belum tentu ingat semua perkara yang berlaku semalam..  Itu kita namakan sebagai ingatan autobiografi atau autobiographical remembering. Ini tajuk yang baru aku belajar minggu lepas dalam kelas otak dan tingkahlaku. Yang mengajar Dr. Awang, satu-satunya lecturer yang cakap sangat laju, bagaikan tidak ada jedanya.. tapi faham ja apa yg diajar, Cuma kadang2 tak dapat nak tangkap.. Itu salah otak aku atau orang lain juga berasakan hal yang sama spt aku? Haha..


Ok, berbalik kepada tajuk td.. Betul ka ada orang yang boleh ingat semua? Mcam mana dia boleh jadi macam tu? Kalau dia boleh ingat semua bermakna semua yang dia baca, dia boleh ingat? Tak ke peningnya? Aku pon dah rasa pening ni.. pening mencari jawapan.. rasa nak jadi macam dia ja sekejap, nak rasa apa yang dia rasa bila diberi kelebihan macam tu.. lepas tu aku balik kpd diri aku yang asal.. (ingat power rangers ke nak bertukar2 ni)


Lecturer bertanya zaman manakah yang banyak kita ingat?

Mungkin ramai yang kata zaman remaja, sebab zaman remaja lah yang banyak sangat mencipta kenangan2 yang tak dapat kita padam dalam ingatan, zaman kita dengan kawan2, dengan buah hati, berseronok, berpoya dan bermacam-macam hal lg.. tapi aku tak, ia zaman aku mengalami kecelaruan.. apa yang aku celarukan? Malas nak cerita, aku tak nak ingat kenangan yang tidak membahagiakan aku.. Cuma hal yang betul2 bermakna jela yang ingat berbanding banyaknya pada zaman kanak-kanak.. Kalau waktu dapat diputarkan, aku pilih kembali ke zaman kanak-kanak, skip zaman remaja.. terus sambung umur 18 ke atas.. (istilah “kalau” semuanya boleh). Sungguh indah zaman kanak-kanak bukan? lebih-lebih lagi yang berasal dari kampung, itu zaman “Hak bermain, hak kita”.. sebab berhak la kena rotan dengan abang, cubit lg.. ia bukan hukuman sebab melakukan kesalahan ia hukuman yg bermaksud jangan ada lagi result exam yg seteruk result UPSR.. haha..amik kau fara.. 




Nov 15, 2013

Mimpi Oh Mimpi


Semalam aku bermimpi sesuatu tapi aku gagal mengingatinya semula... mimpi tu ada lagi dalam kepala aku.. cuma mungkin tidak ada cue untuk aku ingat balik mimpi tu, mungkin jugak suatu hari mimpi tu akan aku ingat bila adanya cue.. Mungkin mimpi itu kurang penting bagiku, tak payah la ingat... 

Kenapa ada mimpi yang kita ingat dan ada yang kita tak ingat?

Betul ka berdasarkan pembacaan aku, kita bermimpi setiap hari...?

Macam mana kita boleh ingat dan macam mana kita tak boleh ingat?

Mimpi ni ada mimpi buruk ada mimpi baik bukan?

Mimpi apa yang terus kekal dalam ingatan kita sampai sekarang?

Banyak juga ingat tapi takda la banyak..  Mimpi yang paling aku ingat ialah mimpi aku dalam sungai.. mimpi ni dah lama berlaku tapi aku tidak ingat bila, mimpinya begini.. Di sebuah sungai yang luas, belakang umah aku ja sungai tu, tapi yang peliknya tidak ada air, cuma aku sorang yang berada disitu, aku mencari-cari kemana perginya manusia lain.. Bila aku pandang belakang aku, aku nampak air sungai yang laju turun.. Perasaan aku masa tu..sangat takut.. aku lari.. air sungai makin menghampiriku.. aku lari seboleh-bolehnya, sungai makin hampir.. tapi sikit pon tak kena.. Tiba2...

"Bangun la zura wei, dah pukul brp ni..." -Mak aku membebel..  Sedar dari tidur, termenung sejenak..

Satu lagi mimpi arwah nenek, aku pakai baju arwah nenek.. Tetiba aku pulak yang jadi arwah nenek aku. Orang tergamam lihat nenek masih hidup. Tapi wajah aku tidak muncul lagi selepas memakai baju arwah nenek.. Ke mana perginya aku..

Aku dengar ada satu alat dicipta untuk wujudkan mimpi mereka sendiri.. Orang yang nak mimpi tu kena lihat terlebih dahulu gambar yang nak dimimpi , lepas tu record jalan cerita.. Nama alat tu Yumemi-Kobo, ia produk dari Jepun, aduh.. canggih betul.. Tapi betul ka..? Macam pelik jer..

Kalau anda ada alat tu, nak mimpi apa??? haha.. mesti korang nak mimpi Aeron Aziz ni..



Nov 13, 2013

Pekerjaan yang paling mahal gajinya..


Tahukah anda pekerjaan yang paling mahal gajinya di dunia ialah berfikir. Satu idea hebat ada yang bernilai berjuta-juta ringgit, dan ada juga idea yang tdk perlu dibayar tapi mampu mengubah dunia. Itu adalah pekerjaan berfikir.

Siapakah orang yang "berfikir"..?

Orang yang pandai berbahas/berdebat ialah orang pandai berfikir- (Ini hanya perangkap)

Orang yang dapat jawab soalan matematik yg susah dan teka teki ialah orang yang berfikir- (Ini hanya perangkap)

Orang yang jawab soalan sukar yang diberi cikgu ialah orang yang pandai berfikir- (Ini hanya perangkap).

Semua orang-orang di atas ni sudah tentu orang yang pintar atau IQ yang tinggi tapi tidak semestinya orang yang mahir berfikir. Kenapa pulak? Menurut Ainon Mohd, ramai orang yang pintar, apabila berfikir mereka hanya mengambil sudut pandangan mereka sahaja, mereka akan mempertahankan sudut pandangannya dengan menggunakan IQ mereka. Bila dah jadi macam ni, mereka rasa tak perlu nak dengar pandangan atau pendapat orang. Mereka ada ego yang tinggi, mereka anggap merekalah yang betul dan menganggap orang lain salah. Ini lah orang panggil gegala "perangkap kepintaran".

Cuba lihat orang2 disekeling anda.. ada dak gegala ni? aku sudah jumpa jawapannya, Baru aku faham.. sebelum ni aku hanya tanya pada diri aku sendiri kenapa dia jadi macam tu... Bila aku selongkar buku ni, baru jumpa jawapan.. So, aku tak yah la nak pening lagi bila tengok kelakuannya macam tu..

Habis siapa orang yang berfikir ni..? Orang yang berfikir ialah orang yang mempunyai persepsi yang luas, pandai membuat ramalan, pandai cari maklumat baru, pandai memberi nilai kepada maklumat. Misalnya, walaupun kita tak diberi maklumat lengkap ttg sesuatu masalah, kita boleh guna otak untuk menghasilkan maklumat tambahan sendiri. Dalam erti kata lain ialah berfikir.. Jadi, kita kena banyak persepsi la sebab persepsi ni la proses pertama kita dalam berfikir. Apa kebenda persepsi? Persepsi merupakan proses minda kita membaca alam,mentafsir alam, dan memahami alam.. Berapa kerapkah kita berpersepsi setiap hari?Jadi, berapa kerapkah kita berfikir? Time mana otak kita kita berfikir?   Entah..aku pon tak tau..kena banyak membaca.. yang aku tau, bila kepala otak kita penat time tu la kita banyak fikir..apa yang difikir tu Wallahu'alam la..


Jadi, Marilah kita sama2 rebutlah peluang kerja ni.. Mahal gajinya..hehe..



Nov 8, 2013

Gua Musang oh Gua Musang.


Gua Musang? Mungkin ramai yang belum kenal dengan sebuah daerah ni. Gua musang merupakan sebuah daerah yang terletak di sebuah selatan negeri kelantan yang mana merupakan sempadan antara negeri Kelantan dengan Pahang, Perak dan Terengganu. Gua Musang tempat aku dibesarkan bukan tempat membesar yer. Apa yang ada di Gua Musang? Anda pergi melawat Gua Musang.. Pasti Gua-gua disana yang menjadi tarikan..hehe.. Sebenarnya banyak tempat menarik di gua musang cuma aku yang xbanyak melancong dan melencong walaupun tempat aku sendiri.. Pergilah ke sungai Neggiri atau sungai ketil kalau nak berakit ka, berkayat ka.. Pergilah ke Taman Herba (taman Etnobotani) kalau nak rock climbing, flying fox atau abseiling.. Aku tak pernah g rock climbing, ni semua salah abang aku, dia dah banyak kali pergi tapi tak pernah nak ajak aku..tak pernah cerita dia pergi mana2, aku tau dia ke sana sini pon melalui kawan aku.. Kawan aku selalu tanya " Farah..kau xikut abang kau ke g daki bukit..?" Jawapan aku "hah yaka?(dalam hati)... Aku ada hal,malas nak ikut.." Kat rumah aku buat muka masam dia buat det..ja. (Emo sekejap)

Rumah aku terletak di tengah-tengah bandar antara bandar baru dan bandar lama.. Di kawasan DUN Galas yang tak pernah dimenangi oleh PAS kecuali pada PRU 2008 yang tergempar tu..  Dulu banyak padang, pokok dimana tempat aku bermain layang2, sorok2, guli dan segala macam jenis mainan zaman dulu tapi sekarang dah banyak bangunan, sebab tulah aku tengok budak2 dok main atas jalan.. takda tempat bermain rupanya.. Tapi aku bertuah sebab rumah aku dekat dengan hospital, sekolah, stesen bus, keretapi dan shopping mall...hehe.. Senang apa2 nanti..

Pemandangan dari atas

(apa yg paling aku suka ialah gua)

Bandar Baru

Hospital 

Stesen Keretapi


Sungai Neggiri

Taman etnobotani (Tempat PLKN)

Gua Madu- tempat yg sering aku lepak suatu ketika dahulu.
 Tempat yang terkenal dengan sup gearbox..


Zaman kecik2..

Iman yang comel






Tengok gambar.. semua berlatar belakangkan gua.. Sebab tu nama Gua Musang... Kenapa Musang? Sebab Gua tu musang punya... Dia ada sejarahnya.. Ceritanya begini.. Pada suatu ketika dahulu, ada sekumpulan orang asli keluar memburu, mereka ternampak Musang mengejar Ayam hutan di kawasan gua (salah satu gua) tu, tetiba ayam hilang.. Kejadian berulang pada hari berikutnya, Mereka menganggap gua itu gua musang punya maka diberi nama Gua Musang.. 

Waktu kecik2 dulu aku selalu dengar cerita misteri dari kakak dan abang aku berkenaan salah satu gua yang terdapat di gua musang... Ada harta karun la,ada penjaga la..ghost la..  masa tu aku terbayang macam cerita Ahmad Albab, aku pernah mengajak kakak aku pergi semata2 nak cari harta karun.. nak tau betul ke tidak.. Tapi sampai sekarang aku belum pernah menjijak kaki ke gua tersebut.. Tidak ada sorang pon yang ingin temankan aku...





Nov 1, 2013

Mirror Neuron?





Berapakah neuron dalam otak kita? Jawapan dari uncle google ialah 100 juta, ada juga 100 billion. Betul ke entah google ni..buat aku pening ja.. aku kena tanya balik cikgu sains yang selalu aku peningkan tu..
Neuron merupakan sejenis sel saraf yang berfungsi menerima dan menghantar maklumat ke otak kita. Ia boleh dikatakan sebagai alat untuk menghubungkan otak dan respon kita.

Ok, berbalik kepada tajuk. Apakah bendanya Mirror Neuron (cermin neuron) itu..? Mirror neuron merupakan salah satu neuron yang ada dalam otak kita. Kenapa nama mirror? Cuba kita pandang cermin, kita senyum dan buat muka comel-comel , yang dalam cermin tu ikut kita dak? Tiru kita dak? ha.. Itulah kita, kita adalah cermin dari yang kita tiru. Mengikut pembacaan, Mirror neuron dikatakan sebagai respon otak kita berkaitan dengan keupayaan kita meniru dan bertindak. Sebab dialah kita boleh belajar, berprososial dan berempati. 

Misalnya, masa sedang menonton ombak rindu, tengok Maya karin dan Aoron aziz asyik nangis je keje, jadi mirror neuron ni la dok antar respon kat otak dan dengan kita-kita sekali dok nangis, ada rasa yang sama macam maya karin rasa.. empati la katakan.. apa itu empati? Empati ialah keupayaan seseorang merasakan apa yang orang lain rasa... Lebih kurang gitu la contoh..

Pada awalnya pengkaji buat kajian dalam kalangan monyet. Monyet yang melihat kawannya yang tengah makan pisang secara automatik terdapat satu neuron dalam otak monyet tu menjadi aktif yang mana neuron sama yang telah diaktifkan oleh kawannya itu. Jadi otak monyet yang hanya dok tengok tu sama dengan otak monyet yang dok makan pisang. Kemudian, pengkaji mula buat kat manusia pula. Hasilnya sama. 

Cuba perhatikan budak yang dok tengah main game kereta, seolah2 dia yang tengah drive, kepala kiri kepala kanan.. tekan break pon dengan badan2 sekali.. lebih dasyat dari orang real drive... Terlebih mirror neuron kot...

Mirror neuron ni ada dalam setiap otak manusia cuma yang bezanya sejauhmana tahap kemampuan seseorang untuk bertindak.. Bagi kes kanak-kanak autisme, mereka mungkin lambat sedikit dalam peniruan atau pemodelan.. Dalam bahasa misalnya, mereka mungkin agak lambat belajar bercakap.. 

Sebenarnya banyak lagi persoalan2 yang bermain tapi aku belum lagi teroka dengan sepenuhnya tentang istilah ni.. Ni istilah yang baru aku pelajari beberapa hari yang lepas.. Kalau anda ingin tahu dengan lebih banyak, cari ja kat internet..

*Maaf, baru perasan berterabur aku tulis..


Oct 10, 2013

Macam ni ke gejala Autisme?

Beberapa bulan yang lepas, bila aku bersama iman anak buahku, muncul keraguan dihati tentang kelakuannya yang aku perhatikan agak pelik sedikit berbanding dengan kanak-kanak lain. Biasala semestinya aku akan berfikir positif, mungkin itu memang sikapnya tetapi makin lama makin banyak kelakuan yang tidak sepatutnya ada pada kanak-kanak yang normal.. Tapi sekarang aku mula terfikir balik, otak aku tak henti2 fikir dan nak tau apa dan kenapa iman ada tingkahlaku yg sedemikian rupa. Bila fikir2, aku tak dapat jawapan, jadi aku bertanya kepada lecturer aku, dia kata mungkin budak tu hyper atau autisme.. Jadi aku selidik la apa simptom2nya.. Hasilnya, banyak simptom autisme ada pd iman.. Tapi itu belum check dan test lagi, macam mana nak pergi check, dengar perkataan hospital pon iman nangis tak mau pergi.. Balik nanti pasti kami akan cari cara lain untuk iman pergi jumpa Dr. Antara simptom2 tu..

Iman akan menangis dan mengamuk tanpa sebab-Pada hari tertentu, sebelum dan selepas tido dia mengamuk, sudah habis orang bertanya apa yang iman mau tetapi dia tidak memberi sebab kenapa, biasanya bila ditanya dia terus jawab apa yang dia mau. Bila orang menegurnya dia akan mengamuk kat orang tu, dia akan serang orang tu, aku pon pernah diserang sampai lari lintang pukang. Agak lama la jugak dia menangis, bila makcik dan pakcik dia dah tak tau nak buat apa kitorang biarkan sahaja. Beberapa jam kemudian dia akan berhenti menangis, dia mula senyum dan bermain seperti biasa. 

Iman juga cenderung mencederakan diri dia kalau dia tak dapat balas balik apa yang orang lain buat kat dia. Adik lelaki aku suka mengusiknya, bila dia terlalu marah dia cederakan diri sendiri seperti hantuk kepala ke dinding, mengigit tangannya, mengetuk kepalanya. Kanak2 lain mesti takut nak buat semua tu. Bila aku baca self injuries behavior itu adalah caranya untuk menarik perhatian orang dan ingin seseorang tu berasa bersalah kepadanya. Yang ni aku paling risau, dia akan buat apa saja cara untuk cederakan dia sendiri semata2 nak tarik perhatian orang.

Kadang2, Iman tak boleh disentuh ketika dia sedang tido, aku tak tau pula kenapa, waktu kecil2 dulu tidaklah seperti ni. Iman juga ada perangai pelik dalam pemakaiannya, ada sesetengah pakaian dia tidak selesa memakainya dan dia selalu memilih seluar pendek berbanding seluar panjang, aku tanya kenapa taknak seluar panjang, dia hanya menggeleng kepala. 

Iman juga kadang2 akan jadi seperti budak hyperactive, dia tak boleh dok diam. Bila dia main, dia cepat bosan dan mudah beralih perhatian daripada main tu kepada main yang lain. Lepas dia main kereta, tak sampai beberapa minit dia pergi menunggang basikal pula kemudian dia akan memanjat kerusi la, terjun dari kerusi la. Macam2. 

Dalam aktiviti belajar, dia susah sikit nak bagi tumpuan, aku ajar dia menulis, mengeja dan mengira perkara basic macam huruf A-Z, 1-10, dia agak slow sedikit tapi dia dah boleh mengira sebab tiap kali naik tangga sambil pegang tangan iman aku akan mengira dan iman ikut mengira. Bila aku perhatikan, satu kelebihan yang ada pada iman ialah daya ingatan dia, dia cepat mengingat sesuatu. Misal, jalan kemana2, dia tau jalan ke hospital sebab tu setiap kali mak aku bawa dia g hospital dia akan nangis dan mengamuk, belum sampai hospital lagi, dia dah kata taknak pergi, dia takut hospital sejak dari peristiwa dia demam teruk tu, mungkin dia tidak suka jarum di tangannya. Mungkin dia ingat lagi. Kadang2 sesuatu keadaan yang aku rasa tak mampu dingat oleh aku dia ingat.


Aku harap bila pergi check nanti tidak ada apa2 yang berlaku kat iman..



Sep 19, 2013

Tatkala Kebimbangan Melanda Diri- Part 2



Entry ini sambungan daripada entry kebimbangan yang pernah aku post suatu ketika dahulu.. ceh..macam beratus tahun dahulu ja.. padahal beberapa bulan saja..

ok, kisahnya, lepas aku menangis tu aku sambung tido balik, kemudian aku bangun tido waktu budak sekolah balik, kat umah aku bila bunyi jambatan yang bergegar itu tandanya ibu bapa yang membonceng motosikal mengambil anaknya pulang dari sekolah.. jambatan itu merupakan jalan short cut jiran kampung aku, sampai sekarang tidak runtuh lagi walaupun jambatan itu sudah tua.. bila jam di dinding menunjukkan pukul 1: 30 petang, jambatan itu akan berbunyi.. bunyi itu lah yang membuatkkan aku tersedar dari tido yang lena.. 

Bila aku buka mata, aku nampak cahaya terang yang memancar ke arah aku, cahaya itu berbentuk bulat, ia seakan sama dengan bulan di langit tu.. bulan itu sebesar mesin basuh 8kg di rumahku, yang peliknya aku tidak mengerti mengapakah bulan itu mengejar aku.. tidak ada pekerjaan lainkah dia.. Jadi, apa lagi aku berlari la macam orang tengah main polis entry.. perasaan aku masa tu takut sangat, aku masih ingat dan boleh juga merasainya.. tiba2 aku terdengar suara adik aku di dapur, aku pergi ke arah adik aku, tetapi aku tidak nampak batang hidung adik aku pon yang aku nampak ialah si bulan itu.. Dia berada tepat dihadapanku, aku berlari di ruang tamu kemudian terasa bahuku disentuh, rupanya adikku.. aku terus menangis, bila adik aku tanya kenapa, aku hanya diam dan terus menangis...

Lepas peristiwa bulan mengejar aku tu, aku tidak berapa ingat bagaimana aku boleh sembuh, ada juga aku bertanya pada adikku tetapi dia juga tidak ingat... 

Itulah gangguan mental, selalu berhalusinasi padahal ia tidak wujud pon.. pernahkah benda2 pelik yang mengganggu anda? boleh cerita pada saya, kalau taknak pon takpa, blog fafarahaz tiada paksaan..

Sep 18, 2013

Macam mana perasaan berfungsi?


Hari ini kita berbicara tentang perasaan atau orang putih panggil feeling. Dalam psikologi, perasaan diertikan sebagai Concious subjective experience of emotion (pengalaman subjektif sedar mengenai emosi). Bagaimana perasaan anda sekarang? Gembira, Sedih, Terharu, Bimbang, Takut, Sayang, Sakit, Geram, Sunyi, Kecewa dan seumpamanya? Pernahkah anda merasai perasaan sebegini? Jangan kata tak pernah ya, robot sekarang pon dah ada perasaan tau.. Kita tak boleh hidup tanpa perasaan bukan? Aku tak boleh bayangkan kalau hidup tanpa perasaan. Aku pernah tengoksatu  cerita omputih tu, nama apa entah aku lupa, manusia tak boleh ada perasaan kalau tak kene tangkap la jawabnya, kena hukum.. Mental kejap aku tengok cerita macam tu. 

Contoh bagaimana perasaan anda pertama kali jatuh cinta. Mesti selalu senyum sorang2, sengih sana sini. Happy semacam ja.. takut la pulak aku. Tapi bila putus cinta rasa sakit dan sedih bukan? macam ada something yang cucuk dalam hati ni, bagi yang dah pernah putus cinta tu tau la rasanya macam mana, sebab tu ada yang sanggup terjun bangunan, kerat nadi, mengamuk bagai.. Anda jangan tiru aksi yang sedemikian  rupa ya..

Kita semua bermain dengan perasaan bukan? Perasaan kita selalu ja berubah, yang herannya sekejap boleh berubah, baru pagi tadi kita gembira tetapi sedih pulak pada malam ni.. Memang tak dinafikan dalam masa sehari, banyak perasaan yang melanda diri aku ni, aku bangun pagi aku gembira sebab semangat nak p kelas, lepas kelas tu tetiba aku rasa bimbang sebabnya aku tengah fikirkan anak saudara aku yang nakal tu, aku juga sedih bila teringat family, pada masa yang sama takut memikirkan nasib aku.. Sekejap ja, bila jumpa kawan2, aku buat la muka happy balik, takkan nak bermasam muka.. Haha, kesimpulannya kita respon atas apa yang kita fikirkan..dan situasi juga.. orang lain pon boleh mempengaruhi perasaan kita juga,,tatkala orang sedang bersedih atas kematian ibunya takkan kita mau happy di depannya.. Aku teringat dulu waktu seminar kerjaya, kawan sebelah aku dia nangis sebab dengar lagu sedih yang dimainkan, aku juga turut menangis, berjangkit dengan dia, sangat malu aku masa tu, tak bawak tisu, menangis hingus keluar meleleh.. 


Sebenarnya best cerita pasal perasaan ni, ada macam2.. Ada setengah orang memang taknak ambil tahu pon pasal perasaan ni.. macam taknak ambik port sangat. Tapi ingat jangan bermain dengan perasaan, merana nanti. Yang baiknya kita mesti pandai kawal perasaan..
ok, aku stop disini.





Sep 12, 2013

Praktikal Part 2

Assalamualaikum.. Entry ini sambungan daripada praktikal part 1..

Syukur Alhamdulillah praktikal sudah pon selesai..
Agak sedih jugak la perasaan aku sewaktu melangkah kaki meninggalkan tempat praktikum..
Teringat dekat pekerja2 disitu yang baik dengan aku.. Tapi pada masa yang sama gembira sebab bebas daripada berasakan asam garam dunia pekerjaan..

Ok, kita sambung bercerita tentang organisasi dan praktikal. Bila sebut organisasi sudah tentu ia tidak lari daripada seseorang yang perlu bekerja dalam kumpulan kan walaupun pada hakikatnya manusia tidak suka bekerja secara berkumpulan. Ada macam-macam karenah organisasi tetapi tidak ada organisasi yang begitu perfact yang sentiasa dalam keadaan aman dan mempunyai kelebihan. Setiap organisasi pasti ada kekurangan juga cuma kita tidak tahu kerana tidak mahu tahu. Kita bekerja dengan manusia, manusia tu berbeza, berbeza sikap, tingkahlaku, fikiran, perasaan. kemahiran, pengalaman dan sebagainya. Mereka ini perlu bersatu untuk mewujudkan sebuah organisasi. Sebab itulah wujud pengkhususan, setiap organisasi ada bahagiannya yang tersendiri yang berfungsi untuk memenuhi keperluan organisasi. 

Apa yang ada dalam organisasi?
Dalam organisasi ada pihak atasan dan pihak bawahan. Pekerja bawahan bekerja untuk pihak atasan, segala perintah atau suruhan orang bahawan  yang buat. Habis tu pihak atasan buat apa? Mengarah la, kan sesuai dengan titlenya sebagai pengarah..hehe. Aku lihat dunia pekerjaan ni macam dunia hipokrit, bila mereka bersama sesama mereka, mereka berlagat seperti seseorang yang baik dan suci bila di belakang hancur. Mereka sangat pandai memakai topeng. sekejap topeng tu, sekejap topeng ni. Tapi di sebalik topeng tersenbunyi wajah yang sebenar yang mungkin tiada siapa yang mengenali mereka. Contohnya, seorang pekerja yang berdepan dengan bos akan memakai topeng emas, bila di belakang nampaklah topeng yang sebenar. Biasala nak hidup kan, kita kena pandai cope. Satu lagi nak bagitau, lecturer aku kata kita kenaa pandai "Bodek" orang di sekeliling kita termasuklah bos, barulah kita cepat untuk ke atas. Itu sudah lumrah. Bodek disini bukan beerti bodek cara kasar, bodek ni cara halus tapi bukan guna bomoh ok tapi guna akal kita. Ni kita kena ada ilmu komunkasi, bagaimana nak berkomunicate dengan orang sekeliling kita dengan cara yang betul. 

Stres dalam kerja?
Semua pekerja akan mengalaminya sama ada suka atau tidak. Pekerja akan stres bila job demand tinggi dan akan stress juga bila job demand rendah. Jadi kerja tu kena ala kadar la, walau bagaimanapun ia bergantung kepada individu itu sendiri. Ada sesetengah orang lebih suka banyak kerja, ada yang suka sedikit kerja. Bagi aku banyak kerja lebih bagus. Aku sanggup balik kerja lewat semata2 nak siapkan semua kerja aku. Mengikut pengkaji (nama apa entah aku tak ingat) orang yang mempunyai personaliti Type X cenderung untuk stres berbanding personaliti Type Y. Personaliti Type X dan Type Y anda boleh seacrh kat google..hehe

Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi aku rasa cukup itu saja setakat ni. 




Sep 10, 2013

Ku Tahu Ku AdaMu

Ya Allah.. Kau ungkaikanlah masalah yang melanda diriku..
Terkadang aku bangkit dalam menghadapi masalahku..
Terkadang aku lemah untuk terus bangkit berjuang meleraikan masalah..

Aku jadi lemah tatkala tiada orang yang sudi mengdukungiku.
Aku jadi lemah.. Maafkan aku..
Tiada niat untuk mengeluh kerana aku tahu
Engkau tidak akan membebani melebihi kemampuan hambamu..

Aku tahu Engkau tahu aku sedang hilang cara untuk menangani situasiku sekarang..
Dan aku tahu semua masalah akan terungkai kerana adaMu disampingku.. 
Ya.. Aku tidak keseorangan.. 

Aug 14, 2013

Alkisah Duit Raya.



Bila sebut pasal raya, salah satu yang orang ingat ialah duit raya lebih-lebih lagi bagi yang kanak-kanak. Di waktu kanak-kanak, mereka berfikir rumah siapa yang patut mereka kunjungi, bagi rumah orang kaya diutamakan, maklum la rumah besar pasti duit rayanya besar juga bukan.. Berkunjung kerumah orang pula semata-mata hendak mengumpul duit raya, tuan rumah yang bijak berkata " Makan dulu, baru dapat duit raya".. Cepat2 makan, lepas habis beratur ramai-ramai bersalam dan minta duit raya, itu pon kalau tuan rumah kasi. Habis satu kampung pi beraya, tak cukup sekampung kami pi beraya kat kampung jiran dan jiran kepada jiran.. Sanggup jalan kaki jauh semata-mata nak bertanding siapa yang dapat kumpul duit banyak.. Masa tu duit raya semuanya duit syiling, orang yang kaya sikit ja kasi duit kertas. Masa tu bagi kami RM1 pon dah banyak, 10 sen tu kiranya orang kedekut taik idung masin.

Itu raya pertama, raya kedua pi raya kubur belakang umah aku ja, cabut rumput, bersih2 kubur, tolong doakan si mati, ada la jugak orang baik hati sana bagi duit raya kat kami. Tak cukup lagi, pi balik kampung, memang tak sah kalau tak balik kampung. Pakcik dan Makcik bagi duit raya, ada Pakcik yang kaya tapi kedekut, Pakcik yang tidak berapa nak kaya kasi lagi tinggi daripada Pakcik yang kaya tadi. Ia jadi isu perbualan hangat kami adik-beradik, sampai sekarang tak tahu kenapa berlakunya hal yang sedemikian. Balik rumah, matahari belum muncul lagi, kami sekawan keluar rumah, masing2 tanya dapat berapa duit. Raya pertama + Raya kedua + Rajin Puasa = Banyakla jugak.

Tapi sekarang dah lain, tak macam dulu, aku tengok budak beraya dah takda kumpul duit syiling lagi, orang sekarang dah banyak duit ka..? Adik aku, dok rumah ja dah dapat duit lebih daripada aku dapat waktu kanak2 dulu, itu pon bagai nak rak pi kunjung berkunjungan ke rumah orang. Raya kedua, raya kat kubur memang makin hari makin pupus dah. Balik Kampung? sekarang dah tak terbalik sejak nenek pergi meninggalkan kami.. Adakah tradisi balik kampung juga kian pupus?  

Itu di waktu kecilku, sekarang aku tidak lagi macam zaman kecilku tau, aku berkunjung umah oeang bukan semata2 mahukan duit, melainkan semata2 mengisi perutku, waktu itu la aku harus isi sebanyak mungkin kerana hanya waktu itu sajalah peluang untuk aku merasakan makanan yang hanya terhidang di hari raya. Duit Raya? Sekarang aku dah besar... siapa kata orang besar xdapat duit raya? aku pon dapat..hehe... Tapi terasa malu pulak bila dapat duit raya.. dan bila dah besar ni pikir nak cari duit kat mana la nak bagi duit raya kt anak buah yang ramai..hehe


Zaman yang memakan tradisi.. Habis tu zaman anak2 kita pula macam mana? 

Jul 28, 2013

Ramadhanku sekarang bukanlah yang dulu.


Bila terkenangkan ramadhan di zaman kanak-kanak.. terukir senyuman lucu dibibirku..
Aku dan kawan-kawanku adalah manusia yang tidak pernah kenal erti dok diam.. Wajah kamilah yang selalu orang kampung jumpa.. di situ sana sini.. wajah kami sentiasa muncul menceriakan suasana kampung...

Terkadang wajah ini lah yang membuatkan orang kampung naik bosan dan wajah inilah membuatkan orang kampung rindu.. Kami suka bermain di depan rumah orang kampung ketika ketiadaan penghuni rumah tu.. Di depan rumah makcik kampung kami jadikan tangga rumahnya sebagai tangga kejayaan.. Tangga tersebut kami hias dengan bunga-bungaan.. rumput, daun pokok, batang kayu, pasir dan banyak lagi.. Menghias tangga menggunakan imaginasi dan kreativiti kami sendiri.. Sesekali aku membayangkan itu tangga yang bakal dilalui oleh aku suatu hari nanti.. Seperti cinderella yang berpakaian cantik berjalan ke di karpet merah sambil ditonton oleh banyak orang.. Tangga karpet merah yang dilalui orang2 besar atau orang yang dikenali.. Pengaruh cerita dongeng kepada kanak2 memang kuat..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang kami tunggu2kan.. Kami bertanding sesama sendiri.. Siapa yang banyak berpuasa dialah yang menang, pada malam raya kami menghitung jumlah hari yang kami berpuasa.. Aku juga pernah mendapat tempat yang pertama iaitu orang yang paling banyak berpuasa. Bagi kami orang yang banyak berpuasa adalah orang yang hebat kerana dapat bertahan menahan lapar dan dahaga.. itu pon hanya 20 hari dicampur pula dengan puasa tipu.. Ada hari yang aku tak dapat nak bertahan..nampak air paip pon meleleh air liur.. Aku menelan air semasa aku aku mengambil wuduk..disangkakan orang aku hanya berkumur... Orang yang banyak berpuasa jugak, banyak la dapat duit raya nanti.. Haha..lawak bila ingat balik.. Sesekali kami berpakat untuk tidak memberitahu orang lain, waktu kami pergi menjual buah nangka di keliling kampung kami terpedaya dengan bau nangka yang sangat  enak dengan warna nangka yang kekuningan membuatkan kami ingin mencuba nangka tersebut... haha..


Perasaan berpuasa di waktu kecil dulu tidaklah seperti sekarang...
Kalaulah ada kuasa putarkan waktu..akanku pilih di waktu kecilku..
Tapi ia mana mungkin bisa terjadi... Waktu bergerak ke hadapan bukan ke belakang...
Apa yang penting sekarang fokus waktu sekarang dan akan datang..
Semoga hari akan datang lebih baik dari yang semalam..




Jul 23, 2013

Praktikal - Part 1

Sudah 3 Minggu aku berpraktikal di sesebuah organisasi.. Praktikal bermula 1 Julai hingga 16 ogos ..
Sebenarnya, aku nak minta tangguh praktikal pada sem akan datang tapi tak boleh..
Aku nak tangguh sebab mental aku belum bersedia lg..
Masa tu lepas exam.. sepatutnya lepas exam kita rasa lebih lega tapi aku lepas exam hbs tenaga.. migrain time tu jugaklah nak datang... Lagi satu sebelum ni aku pernah kerja, jadi aku dah rasa bagaimana perasaan bila bekerja.. Bukan mau elak tapi inginkan masa untuk bersedia.. baru perasaan tu ok sikit..

Ok, sepanjang praktikal perasaan bercampur gaul..
Kadang-kadang aku berasa bahagia, Kadang-kadang aku berasa tidak bahagia di tempat kerja..
Biasalah kan.. Cuba tanya orang yang sudah bekerja apa yang dia kata.. Aku suka bertanya kat staff apa perasaan dia apabila berada di dunia pekerjaan? Ramai mengatakan hal yang sama, ada jugak yang memberikan jawapan yang berbeza tapi tidak ramai..

Tapi yang buat aku selalu bahagia ialah ketika berada di rumah sewa. Aku bersyukur kerana dikurniakan housemate yang sangat baik, kadang2 aku berasa serba salah pulak sebab mereka terlalu baik.. Aku tak tahu nak luahkan kepada mereka macam mana, semoga Allah membalas jasa baik mereka..
Sudah habis praktikal nanti pasti aku akan merindui mereka..

Cut


Sebenarnya, kerja ni tak seindah apa yang kita bayangkan.. Ia betul2 akan indah jika pekerjaan itu betul2 ngam dengan kita.. Tapi untuk mencari pekerjaan yang betul2 ngam dengan kita bukanlah sesuatu yang mudah...
Bagi student praktikal macam aku, aku tidak kisah diberi pekerjaan apa pon janji aku ada kerja untuk dikerjakan.. Nama dah kerja kan mestilah datang kerja kena buat kerja.. Bila aku tidak bekerja atau tidak ada sesatu untuk dikerjakan, aku rasa masa aku sia-sia la pulak..

Aku masih lagi tak boleh nak jadi diri aku sendiri.. Diri aku yang sentiasa ceria walau kemana sahaja..(macam iklan pulak).. Aku sering berlakon dan sering memakai topeng di tempat kerja tapi ia tidak beerti aku tidak ikhlas melakukan kerja.. Cuma semangat belum lagi muncul dalam diri aku ni... Walaupon hubungan aku dengan pekerja dan bos ok ja.. Tapi semangat tu masih lagi xdak.. Aku tak tau kenapa, nanti aku siasat puncanya..

Bagaimana dengan dunia kerja? apa yang ada dalam organisasi?
Persoalan akan terjawab dalam entry praktikal part 2..



Jul 21, 2013

Hidup Tak Dapat Lari Daripada Membuat Pilihan

Salahkah seseorang memilih untuk bekerja daripada meneruskan persekolahan?

Kebanyakan orang memandang rendah pada orang yang tidak berpelajaran tinggi, cukuplah dengan kata-kata hinaan dan cacian. Bagilah kata-kata yang membina. Apa perasaan kita bila orang berkatakan hal yang tidak benar tentang kita, hina kita caci kita? Mesti perasaan kita macam nak terjun bangunan ja kan bagi orang yang tidak mampu lagi bersabar. Mereka hanya tahu berkata-kata tanpa selidik dahulu apa sebab seseorang tu tidak meneruskan persekolahan. Tidak cukup hanya persepsi semata-mata. Setiap apa yang berlaku tu bersebab bukan?

Bagi seseorang yang aku kenal dia mengambil jalan untuk bekerja kerana tidak mampu menanggung biaya sekolah. Adik beradiknya ramai. Hidupnya serba kurang. Ayahnya hanya bekerja kampung, ibunya pula menguruskan rumah. Dia bekerja kerana ingin mengurangkan beban ibubapanya. Dia bekerja kerana ingin menyara adik2nya yang lain. Gaji ayahnya hanya cukup untuk makan. Dia terpaksa memilih jalan untuk bekerja kerana keluarganya tidak mampu menanggung biaya sekolahnya. Bantuan daripada orang lain? Ingat orang senang2 ka nak bagi? Dia memilih jalan tu kerana survival. Kita perlu makan untuk hidup bukan? Macam mana nak sekolah kalau takda wang? Orang yang bercakap senang.. “kemiskinan bukan penghalang” tapi hakikatnya…


Setiap orang ada pilihannya sendiri.. Dia pilih jalan tu juga ada sebab.. Aku tumpang gembira, sekarang dia tidak lagi susah seperti dahulu.. Berkat usaha kerja kerasnya..dia berjaya mengubah hidupnya..

Jul 14, 2013

Siapa Sahabat, Kawan dan Teman??




Memang Sahabat, Kawan dan Teman mempunyai maksud yang sama tapi ia berbeza dari segi hubungan atau sesuatu ikatan...

Kita semua ada Sahabat, Kawan dan Teman bukan?

kejap..jangan pening2.. kita teliti dulu apakah yang membezakan ketiga3 perkataan ni sedangkan bila didengar ia kelihatan sama sahaja, tak ada bezanya.. Sumber daripada uncle google mengatakan bahawa:

Kawan merupakan seseorang yang boleh didapati di mana-mana sahaja. Dari segi hubungan ia tidaklah seteguh sahabat dan teman, seseorang yang boleh berkongsi perkara seperti hobi, minat, perasaan dan sebagainya. Kawan boleh datang dan pergi dalam hidup kita dengan sekelip mata sahaja. Kawan boleh dikatakan sebagai penyeri hidup kita.

Teman merupakan seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan kita, seseorang yang boleh berkongsi  masalah, pandangan, suka dan duka kita. Dari segi hubungan teman makin menghampiri maksud sahabat. 

Sahabat merupakan seseorang yang mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan kita. Seseorang yang mempercayai kita dan boleh berkongsi masalah sampai ke lubang cacing. Sahabat biasanya akan setia dengan kita dan sanggup berkorban demi kita. Sahabat dijadikan sebagai motivasi

Aku mempunyai ramai kawan...kawan aku ada dimana2 sahaja.. ia tidak dapat dihitung kerana jumlahnya yang terlalu banyak.. Aku mempunyai sedikit teman...ia boleh dihitung cukup dengan jari tanganku sahaja... Tetapi sahabat hanya satu dalam seribu... Dimanakah sahabat2ku? Aku mencari sahabat, bukan kawan... Sehingga sekarang belum aku temui.. Tetapi aku tetap bersyukur dikurniakan kawan2 dan teman-teman..ia penyeri hidupku.. walaupon tidak selalu bersama suka dan dukaku... kerana aku tahu inilah lumrah...



Jun 30, 2013

Berbicara Dengan Sepi..



Duhai Sepi..
Kadangkala engkau penyeri..
Kadangkala engakaulah api..

Duhai sepi..
Kadngkala engkau hadir tanpa diundang..
Menghayutkan aku tatkala dendang..

Duhai sepi..
Aku tidak minta ditemani engkau..
Aku yang diminta menemani engkau..

Duhai sepi..
Bisakah setelah diteman aku engkau lepaskan..
Lepaskan aku dalam kesepian..

Pergilah sepi..
Kerana aku mahu engkau tahu..
Sesungguhnya kesepian itu tidaklah seindah yang engkau sangkakan..






Jun 28, 2013

TIPS SEMASA MENJALANI PRAKTIKAL.


Anda pelajar yang bakal menjalani praktikal/Latihan Industri/praktikum  ? 

Selamat menempuh dunia praktikum saya ucapkan kepada anda dan kepada saya sendiri... Anda bakal berhadapan dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang indah mahupun yang kurang indah di tempat praktikum anda nanti.. Mungkin cerita kita semua akan berbeza... Bukan akan tapi pasti berbeza... Tapi apa-apa pon semoga kita berjaya menghadapi dengan tenang..

Sudah bersediakah anda untuk menjalani praktikum?

Sebelum tu jom lihat tips2 dari sahabat saya iaitu sahabat interaktif ini.. Tapi jangan lihat saja.. jom kita praktikkan tips ini semasa menjalani praktikal.. (zOOm in sikit)


Pertama sekali cari peluang untuk 'menjual diri'.  Maksudnya cuba beri keyakinan kepada organisasi berkenaan apa yang anda mampu buat.  Kadang kala skop  kerja diberikan tidak sepenuhnya sama dengan apa yang dipelajari.  Namun itu tidak menghalang untuk calon memberikan komitmen dalam tugas yang diberikan.


Seterusnya, kenali setiap staf dalam organisasi, termasuklah 'tea lady' dan makcik tukang sapu. Ini penting kerana staf lazimnya tahu skop kerja masing-masing. Manakala, makcik tukang sapu tahu segenap ceruk bangunan organisasi.



Ketiga, jika kurang pasti, bertanya.  Tapi sebelum bertanya, 'google' dahulu.  Bak kata pepatah moden, 'ask google before you ask stupid question'.  Jika benar-benar buntu, barulah bertanya terutama apabila ada sesi pembentangan atau taklimat mingguan.



Keempat, laksanakan kerja melampau jangkauan.  Jika tugasan atau 'task' diberi perlu ke tahap 5 dalam skala 1 hingga 10, cubalah berikan hingga ke tahap 6 dan ke atas.  Pihak organisasi ingin melihat kemampuan sebenar calon kerana secara tidak langsung, calon berpotensi untuk diambil bekerja dengan organisasi berkenaan apabila bergraduat kelak.



Kelima, kreatif dan menyumbang.  Calon mestilah kreatif dan menyumbang ke arah penyelesaian masalah. Calon perlulah kreatif dalam menyiapkan tugasan. Ada calon yang hanya 'tangkap muak' dalam menyelesaikan tugasan, tidak bertanya atau lebih tepat malas bertanya jika ada masalah serta tidak menyumbang kepada kemajuan organisasi.



Keenam, kerja berkumpulan atau berpasukan. Organisasi mengamalkan kerja berpasukan.  Tiada istilah 'saya' dalam organisasi.  Semuanya adalah 'kami'.  Setiap calon perlu saling bantu membantu (dalam hal yang baik) terutamanya jika datang dari pusat pengajian yang sama.



'Last, but not least', tinggalkan sesuatu yang baik untuk diingati oleh sesuatu organisasi.  Mungkin ada prosedur atau modul atau apa sahaja yang boleh digunapakai selepas calon selesai menjalani LI hasil sumbangan pelajar LI berkenaan.  Kata pepatah, "budi yang baik dikenang jua". Sumbangkan sesuatu yang baik dan berkekalan kepada organisasi.



Perlu difahami tujuan LI adalah untuk mempraktiskan apa yang dipelajari di dewan kuliah di samping mendapatkan pengalaman dan ilmu baru dari organisasi berkenaan.  Jadikan objektif utama menjalani LI untuk menimba ilmu kerana semasa menjadi pelajar, banyak perkara yang sesebuah organisasi boleh kongsi termasuklah 'rahsia-rahsia' organisasi.

Ada tips tambahan daripada aku:

 * kalau dpt bos/ketua yg skema, garang dan tegas kekuatan mental yg tinggi amat diperlukan utk kita menhadapinya.. kalau boss/ketua marah jangan lawan, atau nangis, kita kena pandai tukar emosi boss yang marah tu kpd emosi yg tenang, maksud aku kita bagi kata2 yg lawak ka, revearse psikologi ka..manipulasi ka (cara manipulasi boss boleh tanya uncle google). Tapi kalau dapat boss yg tenang dan sporting pon jangan suka hati kita ja nak buat apa dan tak buat pape sebab walaupun dia ada watak begitu tapi dia memerhatikan kita, elakkan dok saja2 xbuat kerja, xda kerja cuba tanya boss kerja yg bole kita buat atau tanya org2 lain yg memerlukan pertolongan. 

* Pergi tempat mana2 pon anda akan berhadapan dengan macam2 jenis perangai rakan sekerja. Ada talam 4 muka, kawan makan kawan, kawan hipokrit, kawan buat ketupat belakang kita, kawan yang terlalu baik, kawan sporting (tp ingat manusia ni dia akan utamakan diri dia dahulu sebelum orang lain). Jadi kita perlu banyak sabar la dalam menghadapinya.

Teringat dengan taklimat dari penyelaras practical pagi tadi.. Dia bagi taklimat pasal bagaimana kita nak berhadapan dengan dunia kerja, dalam dunia kerja kita dah tak boleh tunjuk perangai kebudak2an kita lagi, kita kena betul2 jadi macam orang yang dah bekerja.. kalau tak boleh jugak sekali sekala kita boleh jadi pelakon..pelakon yg sebenarnya2 pelakon.. jiwailah watak kita sepertimana yg diarahkan oleh pengarah.  Takpon pakailah topeng yang bersesuaian dengan situasi.. Tadi sorang2 telah dipsiko oleh pensyarah.. pensyarah membaca personaliti pelajar.. katanya bukan salah kita, dah memang personaliti kita macam tu..nak buat macam mana.. contohnya, kalau orang yang mudah gelabah, bila buat kerja dlm gelabah hasil kerja yg terhasil kurang sempurna.. bab kata orang " Gelabah akan menjadi rebah" begitu la lebih kurang.. Kalau aku, aku mudah risau selagi masalah aku tidak dapat diselesaikan dlm jangka waktu yg aku tetapkan sendiri.. 


Akhir kata, selamat berpraktikal semua..






Jun 27, 2013

Praktikal?

Tut tut...Tut tut.. bunyi telefon, aku yang dalam keadaan  mamai bru bangun tido meraba-raba di bawah bantal mencari telefon dan menekan butang answer sebaik sahaja telefon brd di genggaman.

Aku: Hello..

Mak: Zura, kata nak balik hari ni, bila nak balik ni?

Aku: Mak orang tak jadi balik, tempat practical belum settle lagi.

Mak: Practical? apa tu..

Sudah banyak kali aku explain kt mak aku, tapi mak aku tidak mengerti, bila aku sebut practical kerja, dan bila dia dengar perkataan kerja ja perkara pertama dia akan tanya ialah gaji... mak aku hanya bersekolah sampai darjah 3, dia susah sikit nak faham pasal akademik. Selama ni, aku bagitau pasal result exam CGPA aku pun dia hanya mengangagguk-angguk tanpa mengerti apa apa kebendakah itu CGPA.. Abah aku juga, dia bersekolah hanya sampai darjah 6 tapi dia tahu menulis dan membaca.. dialah yg mengurus semua anaknya berkenaan dengan pendidikan.. Tapi, abah aku apa-apa hal yang aku bagitahu, dia hanya diam dan hanya bagi apa sahaja yang aku minta tanpa banyak soal dan apa sahaja yang aku nak buat dia izinkan sebab dia percaya kat anak dia.. 

Jadi susah untuk aku mengadu apa-apa hal yang berkenaan dengan pendidikan aku.. yang betul2 mengerti pasal study aku.. mungkin aku harus mencari personal caunselor..hehe

Jun 25, 2013

TATKALA KEBIMBANGAN (ANXIETY) MELANDA DIRI.


Saya sedang mengalami kebimbangan pada tahap yang tinggi ataupon dalam istilah psikologi anxiety. Siapa yang tak pernah mengalami kebimbangan.. kamu semua pon pernah kan.. Tapi kadang-kadang orang buat dek je dengan gangguan emosi ni kan.. Kebimbangan ni berlaku bila kita berhadapan dengan keadaan yang menekan ataupon bahaya. Aku? sedang berhadapan dengan situasi yang menekan..

Ini bukanlah pertama kali aku mengalami gangguan kebimbangan tapi inilah kali pertama mengalami gangguan kebimbangan yang terlampau..darurat sangat... Sebab masalah pelajaran ditambah pulak dengan  masalah family dan lain-lain masalah lagi.. Ia telah buat aku jadi kacau..kacau..dan kacau.. aku tak dapat nak memberi fokus pada study.. Badan aku terasa penat, aku lihat tangan aku yang sedang pegang pen menggigil.. jiwaku susah untuk tenang..

apakah yang aku fikirkan..? aku fikirkan masalah dan penyelesaian.. sebab aku tak tahu adakah masalah aku ni dapat diselesaikan atau tidak itu yang buat aku jadi bimbang.. aku memikir-mikirkan hal itu sehingga badan penat dan stresss!! mataku sentiasa panas ditambah pulak negara yang sedang mengalami jerebu sekarang ni.. lagi la kena jaga2..

Kalau aku bagi nasihat kat orang lain jangan stress bole..tapi aku sendiri tak boleh nak handle stress aku.. tak boleh nak nasihatkan aku sendri.. pagi tadi terima mesej daripada adik, dia mengadu kat aku yang dia sangat stress kerja seorang kat butik pengantin tu.. sampaikan dia buat perkara yang tak betul nak hilangkan stress tu.. dia putarkan lagu rancak dan menari seorang diri di tempat kerja..kadang-kadang dia bercakap sorang-sorang.. biasala pelanggan ramai bila tiba musim kahwin.. selain dari musimnya pelanggan tidaklah ramai.. itu yang membuatkan dia tertekan.. kerja pulak tidaklah terlalu banyak bila xde orang nak kawen.. katanya boss dia kedekut nak ambik pekerja ramai-ramai..bajetla katakan... dia yang jadi mangsa bila kerja banyak dan kerja kurang... Susahkan? ada kerja banyak stress, kerja sikit pon stress.. Jadi aku hentamlah adik aku habis2.. hentam tu maksudnya bagi cadangan la..haha.. last2 aku bagi ayat "Satu ja pesanan aku kau jaga elok-elok mental kau tu, kesihatan mental tu sangat penting tau, kalau kau tak boleh nak handle ia akan memberi kesan kepada hidup kau..".Haha...dia pulak kata aku gila sebab menakut2kan dia..adoi..betul apa aku kata.. Takpa.. nanti akak kau ni balik lagi aku hentam kau.. 

*Aku harap gangguan ini akan beransur pulih secepat mungkin..



Jun 16, 2013

SURAT UNTUK ABAH


///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Assalamualaikum Abah..

Maafkan kami kerana selama ini kami banyak buat salah kat abah..
Pertama, pernah salahkan abah di atas apa yang menimpa keluarga..
Kedua, pernah membenci abah kerana pergi tinggalkan kami dan mak..

Sejak abah pergi dari rumah.. semuanya berubah...
Adik-adik jarang pergi sekolah kerana hilang galakan daripada Abah..
Mak masih lagi seperti dahulu tetapi banyak berubah..
Kami salahkan Abah atas apa yang berlaku ke atas kami..

Tapi kami sedar kerana jasa abah jugalah kami dapat membesar..
Mungkin jodoh Mak dan Abah tidak panjang..
Kami sentiasa menari bersama alunan takdir yang Allah tetapkan..
kerana kami tahu tiada yang indah selain alunan muzik Allah..

Kami nak abah tahu walaupon kami marah abah, kami selalu rindu dengan abah...
kami rindu dengan masakan abah..
sup ayam,, gulai ikan patin, pucuk paku masak tempoyak tu semua..
kami belum pernah jumpa masakan sesedap masakan abah..
Mak dan adik tanya Abah masak macam mana? kami masak tak jadi pon macam abah...
kami nak abah tahu, Abah banyak tolong kami bukan..? kami selalu sedar..

walaupon wajah kami yang abah lihat tidak seperti apa yang diucapkan ini..
Tetapi ketahuilah bahawa wajah itu hanyalah topeng.. Kami terpaksa memakai topeng demi menjaga hati orang yang kami sayang..

Akhir sekali, Terima kasih banyak-banyak atas segala jasa Abah kepada kami...
Kami doakan abah sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa sahaja yang abah impikan..
Selamat hari bapa.. Abah...

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////



Jun 12, 2013

Duit, Money, Wang, Uang, Fulus dan sewaktu dengannya..

Siapa kata duit, money atau wang tu tak penting?

Memang duit bukan segala-galanya, tapi hakikatnya segala-galanya memerlukan duit bukan?
Mana ada benda free dalam dunia ni.. masuk toilet pon kena 50 sen.

Orang dok kata duit tak penting pon..bahagia tu lebih penting..
Tapi sebab ada duit la yang buat kita bahagia… kalau takda duit, kita tak boleh nak buat apa, tak leh nak survival..dan tak bahagia..  dan manusia sanggup buat macam-macam untuk dapatkan duit bukan? Ia bukan semata-mata untuk jadi kaya ja tapi untuk survival…sebab nak hidup.. hidup...dan hidup....

ada ka orang yang tak nak hidup? Ada tapi itu orang yang bermasalah..

Sebab duit jugalah aku hampir hampir………
Tapi nasib baik ada jalan penyelesaian....

TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...