BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Nov 23, 2012

KENAPA ORANG SUKA DAN TAK SUKA KITA?



Assalamualaikum... Di waktu macam ni, aku jadi burung hantu  kejap..

Aku bukan pakar psikologi dan bukan juga Kaunselor... Aku adalah aku..^^
Bila lihat keadaan disekeliling tetiba timbul persoalan ni dalam kepala aku " Kenapa ada orang suka dan ada yang tak suka kita? tak boleh ke kalau semua yang kita kenal tu sukakan kita?"


Pertanyaan: Adakah semua orang disekeliling kamu sukakan kamu?

Kalau jawapan kamu Tidak. Tahukah kenapa ada orang yang tak suka kita sedangkan kita ni  baik je dengan orang.(kita bukan mrjk kpd aku, kita=manusia) Jawapannya sebab manusia tu berbeza dan  mempunyai hati yang berbeza. Misalnya, adik aku suka Nealofa tapi aku tak suka Neolofa tu…contohlah…bukan betul2..nanti tak pasal2 heboh blog aku… Masing2 ada sebab sendiri kenapa tak suka dan kenapa suka…Adik aku suka sebab dia kata nealofa tu peramah, comel dan hebat berlakon manakala aku pulak mengatakan bahawa nealofa tu sombong, tak cantik dan berlakon taklah hebat.. Hah..kenapakah pendapat berbeza sedangkan orang sama? Dalam Teori pembelajaran sosial, manusia tu belajar daripada apa yang diorang lihat, dengar dan baca dari persekitaran mereka… daripada apa yg diorang lihat, dengar , dan baca tu mereka akan membuat kesimpulan sendiri…apa yang lebih tepat disini ialah persepsi masing2…  HATI MASING2..

Kita tengok PM2 kita pon ada yang suka dan ada yang juga yang tak suka mereka sedangkan mereka merupakan pemimpin kita. Ini lagikan pula kita sah2 ada juga yang tak suka kita, Cuma kita ja yang tak tahu sebab kita takleh nak baca fikiran seseorang. Tapi kenapakah orang tak suka kita ?

Pertama manusia tu masing-masing ada kelemahan dan kelebihan, tiada siapa yang perfact. Mungkin kita buat silap tapi kita yang tak tahu atau mungkin kita tahu kita salah tapi ada sebab-sebab yang membuatkan kita menafikan kenyataan bahawa kita salah. Fahamkah apa yang aku kata..? berbelit2.. Macam aku sendiri pon ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri, walaupon kita berusaha berbuat baik kpd orang tak semestinya orang akan suka. Mungkin ada sesetengah sikap yg orang tak suka pada kita tapi diorang tak bagitahu sebab nak jaga hati kita. Ha… ini la masalahnya manusia, nak menjaga hati orang (^^). Mungkin dari segi percakapan kita, sikap kita dan banyak lagi la yg buat org tu tak suka. Tp masalahnya disini kita tak tahu knp org tu tak suka sebab dia tak bagitahu. Kalau bagitahu sekurang2nya kita boleh betulkan apa yg salah..

Kedua, impresi pertama atau omputih sebut  firts impression. Selalunya impresi pertama yang menyebabkan orang lain tak suka kita. Misalnya.. kita bertemu sorang perempuan ni kat bus stop, pastu kita senyum then dia buat dek jer.. Kita ni apa lagi mula lah buat impresi yang perempuan tu seorang yang sombong. Padahal kita tak tahu yang perempuan tadi dalam bad mood ka ataupon dia tak nampak kita. Sebab tu senyuman tak terbalas..mesti kita geram kan bila  kita senyum tp senyum tak dibalasnya. Sebab impresi pertama ni la buat kita salah faham dgn orang tu dan jadi tak suka orang tu.

Hah…kalau korang apa lagi sebabnya..??

Ok, kesimpulannya disini setiap orang tu masing2 ada kelemahan dan kelebihan. Kita sebagai manusia sentiasalah bersangka baik sesama manusia. Sebab  knp org tu bersikap macam tu dan macam ni tu semuanya bersebab… Dan kita kena belajar cara terima sikap seseorang tu dgn seadanya… mungkin kalau kita nak buat kesimpulan org tu macam itu ke, macam ini ke..eloklah kita kenal dengan lebih dekat dulu dgn org tu.. kan pepatah melayu ada mengatakan “ Tak Kenal Maka Tak Cinta, Bila Dah Kenal?? Jgn tergila2…hehe dan ada orang kata apa yang ada dalam minda kita ni akan menarik benda yang sama yg ada dalam fikiran kira.. misalnya, kalau kita tak sukakan seseorang, secara tidak langsung orang lain pon tidak sukakan kita dan sebaliknya… haha..jadi sentiasalah ada benda2 yg baik2 dalam fikiran kita.. hehe.. 

sampai sini sahaja.. kalau nak tahu bagaimana nak buat orang suka pada kita baca entry ni...bagaimana menjadi orang yg disukai.




8 COMMENT. ( ^_^ ):

Mia Liana said...

biarkan aje... tak suka tidak mengapa...

farazura said...

Hehe..cara yg terbaik...

Nurina Izzati said...

tak kisah sebab masih muda lagi.. hehehe

farazura said...

Mungkin adik akan kisah suatu hari nanti..hehe =)

aque xiie nadieya said...

Sekarang saya dah taw knpa dya mcem tu. .

farazura said...

Alhamdulillah dah tahu, bole memperbaiki mana yang kurang

Rina rosiana said...

obat aborsi

obat aborsi said...

Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.