BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Nov 8, 2012

KENAPA MEMILIH UNTUK BERBLOG?


Blog comel jer...


Assalamualaikum pembaca tersayang…

Aku nak tanya korang la kan.. kenapakah kamu wujudkan blog? Apa sebab kamu wujudkan blog..? sebab nak popularkah? Nak kumpul incomekah..? suka sukikah? Nak cari kenalankah?? Dan sebagainya…

Aku ni bukan la lama sangat dalam dunia blog ni, aku start berblog pada tahun 2011. Mula2 aku kenal dengan blog ni masa tu aku tengok romate aku tengah dok sibuk jer online laptop, bunyi ketah ketih keybord laptop, aku ni dok tertanya2 lah..apa bendala dia dok menaip tu. Nak kata dia buat asaimen aku tak cayer sebab awal lagi takkan romate aku dah start buat asaimen…haha.. jahat betul aku… masa tu aku tak tanya pon romate aku, apakah yang dibuatnya tu… lepas tu, dia keluar g tandas, aku pon intai2 laptop dia, aku tengok situ ada benda2 sama kat Microsoft word tu, aku tengok takkanla bentuk dia sedemikian rupa… haha… pastu aku ni nak tahu sangat, aku tanya la dia, apa yang kau buat tu wei?? Dia kata” aku tengah berblog… kau nak wat blog tak?? Nanti aku ajar…” aku mengangguk2 jela…

Pastu dia tak ajar2 aku, tak sempat kot… lepas exam, aku pon tak tau nak buat apa bila mengadap laptop, boring asyik tgk citer… pastu teringat yg romate aku nak ajar blog tp dia dah balik kampong dia…haha..  Kebetulan ada member aku sorang ni, dia ada blog, bila aku tanya macam mana er nak buat blog?? Dia pon terus ajar aku malam tu… sekali dia ajar.. lepas tu aku bermain2 sendiri dengan blog, belajar sendiri.. terima kasih la kawanku sebab ajar kalau tak, blog ni tak wujud..

Kenapa aku memilih berblog? Sebab utama masa tu… aku nak menaip, aku suka menaip, aku nak belajar menaip dengan pantas… aku boleh lepaskan stress aku dengan menaip…

Eleh…itu ja sebabnya… koman betul.. kenapa kau tak menaip asaimen ja fara oi…. Tu sebab utama, sebab lain.. aku suka benda2 macam ni…kalau dulu aku selalu buat diary dalam buku, so, aku nak cuba buat diary online..haha… tapi post takdela berkaitan dengan hidup aku semua.. Blog ni blog multi-buletin…macam cerita aku post..hehe.. Aku buat blog juga sebab nak kongsi2 idea la... maklum la  manusia ni berbeza, pendapat juga berbeza... Jangan segan2 kita bagi kongsi idea, kita kan bebas bersuara kan...hehe

Langsung aku tak pikir pasal nak jadi populariti blog, bukan juga sebab income, bukan juga nak kumpul follower macam I follow u, u follow back.…tapi kalau yg sudi follow la aku…haha.. tapi apa yang penting, aku happy la dengan berblog…kita boleh kenal orang, boleh kenal ilmu pengetahuan… dapat idea...dan sebagainya.... but I’m still newbie dalam dunia blog ni…


0 COMMENT. ( ^_^ ):