Assalamualaikum... Di waktu macam ni, aku jadi burung hantu kejap..
Aku bukan pakar psikologi dan bukan juga Kaunselor... Aku adalah aku..^^
Bila lihat keadaan disekeliling tetiba timbul persoalan ni dalam kepala aku " Kenapa ada orang suka dan ada yang tak suka kita? tak boleh ke kalau semua yang kita kenal tu sukakan kita?"
Pertanyaan: Adakah semua orang disekeliling kamu sukakan kamu?
Kalau jawapan kamu Tidak. Tahukah kenapa ada orang
yang tak suka kita sedangkan kita ni baik je dengan orang.(kita bukan mrjk kpd aku, kita=manusia) Jawapannya sebab manusia
tu berbeza dan mempunyai hati yang
berbeza. Misalnya, adik aku suka Nealofa tapi aku tak suka Neolofa tu…contohlah…bukan
betul2..nanti tak pasal2 heboh blog aku… Masing2 ada sebab sendiri kenapa tak
suka dan kenapa suka…Adik aku suka sebab dia kata nealofa tu peramah, comel dan
hebat berlakon manakala aku pulak mengatakan bahawa nealofa tu sombong, tak
cantik dan berlakon taklah hebat.. Hah..kenapakah pendapat berbeza sedangkan
orang sama? Dalam Teori pembelajaran sosial, manusia tu belajar daripada apa
yang diorang lihat, dengar dan baca dari persekitaran mereka… daripada apa yg
diorang lihat, dengar , dan baca tu mereka akan membuat kesimpulan sendiri…apa
yang lebih tepat disini ialah persepsi masing2… HATI MASING2..
Kita tengok PM2 kita pon ada yang suka dan ada yang
juga yang tak suka mereka sedangkan mereka merupakan pemimpin kita. Ini lagikan
pula kita sah2 ada juga yang tak suka kita, Cuma kita ja yang tak tahu sebab
kita takleh nak baca fikiran seseorang. Tapi kenapakah orang tak suka kita ?
Pertama manusia tu masing-masing ada kelemahan dan kelebihan, tiada siapa yang
perfact. Mungkin kita buat silap tapi kita yang tak tahu atau mungkin kita tahu
kita salah tapi ada sebab-sebab yang membuatkan kita menafikan kenyataan bahawa
kita salah. Fahamkah apa yang aku kata..? berbelit2.. Macam aku sendiri pon ada
kelemahan dan kelebihan yang tersendiri, walaupon kita berusaha berbuat baik
kpd orang tak semestinya orang akan suka. Mungkin ada sesetengah sikap yg orang
tak suka pada kita tapi diorang tak bagitahu sebab nak jaga hati kita. Ha… ini
la masalahnya manusia, nak menjaga hati orang (^^). Mungkin dari segi
percakapan kita, sikap kita dan banyak lagi la yg buat org tu tak suka. Tp masalahnya
disini kita tak tahu knp org tu tak suka sebab dia tak bagitahu. Kalau bagitahu
sekurang2nya kita boleh betulkan apa yg salah..
Kedua,
impresi pertama atau omputih sebut firts impression. Selalunya impresi
pertama yang menyebabkan orang lain tak suka kita. Misalnya.. kita bertemu
sorang perempuan ni kat bus stop, pastu kita senyum then dia buat dek jer.. Kita
ni apa lagi mula lah buat impresi yang perempuan tu seorang yang sombong.
Padahal kita tak tahu yang perempuan tadi dalam bad mood ka ataupon dia tak
nampak kita. Sebab tu senyuman tak terbalas..mesti kita geram kan bila kita senyum tp senyum tak dibalasnya. Sebab impresi
pertama ni la buat kita salah faham dgn orang tu dan jadi tak suka orang tu.
Hah…kalau korang apa lagi sebabnya..??
Ok, kesimpulannya disini setiap orang tu masing2 ada
kelemahan dan kelebihan. Kita sebagai manusia sentiasalah bersangka baik sesama
manusia. Sebab knp org tu bersikap macam
tu dan macam ni tu semuanya bersebab… Dan kita kena belajar cara terima sikap
seseorang tu dgn seadanya… mungkin kalau kita nak buat kesimpulan org tu macam
itu ke, macam ini ke..eloklah kita kenal dengan lebih dekat dulu dgn org tu..
kan pepatah melayu ada mengatakan “ Tak Kenal Maka Tak Cinta, Bila Dah Kenal??
Jgn tergila2…hehe dan ada orang kata apa yang ada dalam minda kita ni akan
menarik benda yang sama yg ada dalam fikiran kira.. misalnya, kalau kita tak
sukakan seseorang, secara tidak langsung orang lain pon tidak sukakan kita dan
sebaliknya… haha..jadi sentiasalah ada benda2 yg baik2 dalam fikiran kita..
hehe..
sampai sini sahaja.. kalau nak tahu bagaimana nak buat orang suka pada kita baca entry ni...bagaimana menjadi orang yg disukai.