BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Oct 6, 2012

Bila Jadi Insan Yang Penyayang.


“ Kau ni penyayang sungguh la orangnya”

Kata kawan aku Aini, dia tengok aku begitu sayangkan anak buah aku Si iman comel Memangla, mesti kita sayang kan anak buah kita.

Teringat gelagak si iman semasa aku berada di kampung.

“ Ibu….Ibu…Ibu…uuu.. bangunla, nak susu”

Kedengaran suara Iman mamanggil2 ibu…dengan suara nyaringnya… pagi2 lagi dia kejutkan aku..aku yang mengantuk kenalah bangun, dalam banyak2 orang yang ada dalam rumah aku jugak yang dikejutnya, dah la aku jenis yang susah nak bangun… Tapi takpe aku rela demi iman..

Lepas bagi susu botol kat iman, aku ingat aku boleh sambung tido balik lepas tu tapi diajak pulak temannya tengok tv, tengok citer kartun Mr, Bean, Pororo, Thomas and Friends dan sebagainya. Apa lagi layan la iman sorang ni..


Oh ya, jangan salah faham dia bukan anak saya, saya belum berkahwin lagi. Haha…Dia anggap aku macam mak dia, dan aku pon anggap dia macam anak aku. dari kecil lagi dia dah terbiasa panggil Ibu, dan kalau dia lupa dia panggil aku Mama.. Aku jaga dia masa dia berumur 2 minggu lagi, korang bayangkan macam mana jaga baby berumur 2 minggu. Ibu baby ada sedikit masalah yang perlu diselesaikan kat kampong dan tinggalkan anaknya dengan my family. Setiap hari aku dok pikirkannya, rindu sangat kat iman…. Si iman ni dia budak yang hyperaktif…nakal betul..kadang2 kitorang bimbang dengan dia takut dia cederakan diri sendiri.

Ramai yang salah faham, bila aku g mana2 dengan iman dia kata aku mak kepada iman… Mana taknya iman dok panggil Ibu..sah2 la orang ingat aku ibunya…haha… lawak2.. Aku ingat lagi masa aku pergi shopping tetiba ada lelaki senyum2 kat aku sambil angkat keningnya, pastu iman pegang tangan aku dan kata “ Ibu..Ibu..nak kete tu”. Iman sangat obses dengan kenderaan mainan. Pastu lelaki tu berhenti senyum pastu cuba tanya aku “ ermm…anak ke?” . Aku pon jawabla “ya”.. terlepas dari mulut.. pastu dia mengangguk2.. haha… lawak2..

Now, Iman dah berumur 3 tahun..nak tengok gambarnya, so sweet…




 Comel macam mak saudara dia...hahaha..



0 COMMENT. ( ^_^ ):