BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Sep 28, 2012

Perlukah Mahasiswa diberi Kebebasan Berpolitik.??

Mahasiswa-Politik- Tingkahlaku-kuasa.



Pilihan raya kampus dah berakhir.... dan keputusan dah pon keluar... Tujuan aku post ni bukan untuk memberitahu aku berada di pihak mana... aku ingin bertanyakan satu soalan..sape yang nak jawab, jawab di ruangan komen, kalau no komen, is no komen la...hehe

Soalannya berbunyi perlukah mahasiswa diberi kebebasan berpolitik??

Sejak dua menjak ni aku tengok ramai mahasiswa yg terlibat dgn politik bukan dalam kampus sahaja malah luar kampus...
Bagi aku la kan, aku tak setuju kalau mahasiswa diberi kebebasan berpolitik...tp bukan 100% xsetuju...ada tempat mahasiswa tu perlu bersuara kan....

Kita renungkan balik, apa tugas, fungsi , peranan kita sebagai mahasiswa...  motif dan sebab kita belajar...
aku belajar ni untuk apa er..???erm...mata ke kanan ke kiri... 

Mahasiswa ada kuasa ka nak ubah apa yang dia nak... kuasa??? faham tak apa maksud kuasa yg sebenar2nya?? kuasa tu elemen yg penting jugak yg perlu ada dlm diri seseorang tu sebelum bertindak apa2.... kuasa apa yang ada pada student? Mahasiswa lagi kot, duit pon Ptptn n orang lain  yang tanggung...

Takde la, bukan taknak bagi langsung mahasiswa bersuara...kena bersuara jugak.. sesuai dgn sistem politik negara kita iaitu demokrasi... tapi kalau nak bersuara perlulah bersuara secara smart, bijak, hebat, rasional....Baru kena tempat... aku lebih suka kalau kumpulan tu berjuang melalui kaedah diplomasi daripada kaedah demontrasi jalanan yang agak meyerabutkan... nak je aku laung "come on, tak usahlah  nak semborono mcm tu semata2 nak berjuang"

Lebih baik mahasiawa tu berkebebasan ekonomi dahulu sebelum berkebebasan politik.. Sebab bagi aku la kan kebebasan ekonomi merupakan elemen yang penting bagi mencapai kebebasan politik.. ekonomi boleh buat kita berkuasa, bila kita ada kuasa boleh la nak berkebebasan politik..

Dah la..aku taknak komen banyak2, nanti panjang entry ni... aku pon bukan banyak ilmu dalam bidang ni, sekarang aku tengah mencari ilmu dalam bidang politik ni...  walaupon aku tak berapa minat dengan politik, aku nak cabar aku sendiri belajar politik...  

 Harap maafkan kalau terkasar diatas..hehe. xda niat nak lukakan hati sesiapa.. itu sekadar pendapat..

Sep 20, 2012

LELAKI MENANGIS??



" kalau lelaki menangis, mereka kata pondan, lembut dan sebagainya tapi kalau pompuan nangis mereka kata comel..ini tidak adil!! "

Ini merupakan status fb salah seorang kenalan kat fb aku.... Betul k macam tu..???
Memang la, aku ada terdengar jugak di sekeliling aku ni mereka mengatakan lelaki pondan la kalau menangis...

Kalau pompuan memang la, air mata tu bagaikan dah sebati dengan dia.. takleh nak pisahkan.. aku ni hari2 nangis tau...bukan tanda aku tak kuat ka apa ka.... Aku nangis sebab nak luahkan apa yang aku rasa kat hati aku ni..time aku happy aku nangis time sedih pon aku nangis.. alamak ai...memang hati aku ni kecil sangat..

But bagi aku..lelaki yang menangis tu tanda hati dia lembut, bukan dia yang lembut tau....dan juga tanda bagaimana perasaan(emotion) ikhlas diungkapkan...diluahkan... Dan sangat comel kalau lelaki menangis...kan kan kan... hahaha..tapi adik lelaki aku menangis, aku gelakkan dia sam bil aku kata 
" fuyoo..menagis..."..  Naik berang dia jadinya...

Lelaki nangis bersebab, kalu pompuan nangis kadang2 tak bersebab tau.. kalau dia nak nangis, nangis je...macam aku suka nangis time nak tido, bukan nangis depan orang awam tau... tujuannya untuk lepaskan stress dalam diri ni...

Satu lagi aku suka nangis dalam hujan...air mata keluar dengan sendirinya... aku suka jalan lenggan2 dalam hujan semata2 nak mandi hujan..haha.. Kamu semua ada perangai yg pelik2 macam aku ni x..?

* citer yg bosan, orang lain dok tido aku dok menaip...




Sep 16, 2012

Adakah Keikhlasan Itu Boleh Diukur??


Keikhalasan itu penting


Assalamualaikum... Hai.. memandangkan baru start sem dan masih dalam proses menyusun jadual kelas dan program.. Aku takde keje lain, mengadap laptop je keje aku..

Hari ni aku nak tahu pasal keikhlasan pulak... Adakah Keikhlasan seseorang boleh diukur?? jawab...jawab...

Maksud Ikhlas disini ialah melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T. dan niat kita kerana Allah. Kalau kita melakukan sesuatu tu tanpa keikhlasan maknanya sia-sia saja apa yang kita lakukan tu. Contohnya, kita menderma dengan nilai yang tinggi semata-mata nak tunjuk kita ni baik dan tidak kedekut. Astaghfirulahalazim.... Kita kena betulkan niat kita tu...mendermalah dengan hati yang ikhlas kerana Allah..menderma sebab nak bantu hamba Allah yang tidak bernasib baik.. Tapi untuk wujudkan keikhlasan tu susah kan... Sebab apa?? Sebab keikhlasan itu melibatkan hati kita, hati kita ni seni, ada macam2.. ada nafsu yang jahat yang tersembunyi, ada suara yang berbisik2 untuk kita bersikap sebaliknya...maklumla kita ni manusia..

So, boleh ukur ke tak ikhlas tu???

Bagi aku la, ia tidak boleh diukur sebab ia melibatkan hati seseorang. Kita mana tahu baca hati orang kan sama ada dia ikhlas ke tak. tapi kita hanya dapat menjangkanya saja, kalau kita teka tu tepat, tepat la..kalau tak...tak la.. Macam jawab soalan yag kita tak faham la, kalau kita tak berapa nak faham dan tahu soalan tu kita just goreng ja...

Tapi ada jugak kita boleh lihat tahap keikhlasan seseorang melalui bahasa tubuh diorang.. Lihat bagaimana bahasa tubuh diorang respon kat kita dari segi air mukanya, percakapan dan gerak gerinya. Macam kamu semua yang tengah bercinta ni, kamu tahukah pasangan kamu tu ikhlas ke tak menyayangi kamu?? apa niat dia tu?? adakah dia bercinta dengan kamu kerana rupa kamu yang cantik, harta kamu yang banyak, ataupon sikap kamu tu.... Percayalah seseorang yang mencintai pasangannya kerana Allah itulah cinta yang suci. hehe..


So, akhir kata.. biar Allah saja la yang menilai tahap Keikhlasan kita...
Ok, Assalamulaikum..




6 Tips Redakan Konflik dengan Si Dia.

Assalamualaikum para pembaca yang disayangi... hari ni aku nak share tips2 untuk redakan konflik dengan si dia... Mesti antara kamu2 yang sedang bercinta sering dilanda konflik dengan orang yang kamu sayang kan.. walaupon masalah punyerlah kecil tapi konflik tu tetap timbul juga tanpa kita sedari... Tapi untuk mengelakkan hubungan kamu menjadi keruh, ada tips2nya... Ikuti tips2nya...


1. MENGALAH.

 Tak kirala antara kamu berdua, salah sorang kena ada yang mengalah ok, kalau masing2 nak tunjuk ego, ia akan mengeruhkan hubungan kalian. Ingat..mengalah tu bukan beerti kita kalah atau salah. Itu salah satu cara untuk elakkan masalah kalian bertambah rumit.


2. TIDAK EMOSI.

Bila kita marah kita selalu emosi tak tentu pasal kan. Susah nak kawal emosi marah ni kan.  Boleh meletop dunia. Tapi sebaiknya kalau korang taknak konflik korang tu sampai meletop cuba2 la korang tidak beremosi. belajar kawal emosi kita ya. Jadilah manusia yang cool..hehe

3. MENAHAN DIRI.

Sememangnya kita ni tak boleh nak suh orang lain ikut kepala kita jer. Walaupon pendapat kita ni benar dan dia tak boleh nak terima, cubalah menahan diri kita.  Jangan paksa dia ikut pendapat kita. Demi jaga hubungan sekali sekala kita mengiakan pendapat si dia. Just say ok..



3. TETAP MENGHORMATI.

Kadang2 bila dah marah seseorang tu mesti mengeluarkan kata2 yang negatif kan. Ada juga semasa hubungan ok guna panggilan sayang, abang, bi, papa, mama dan banyak lagi la panggilan yang manis2 tapi bila gaduh panggilan aku, kau, mu dan banyak lagi la yang negatif selalu digunakan. Kenapa er??? untuk elakkan konflik jadi rumit, cuba elakkan guna perkataan atau panggilan yang negatif terhadap pasangan. Nampak sikit yang kita ni hormat kat dia.



4. JANGAN BANYAK CAKAP.

Perlu diingat ya, jangan la banyak cakap semata2 nak bela diri. Hiasi diri dengan relaks ketika berkonflik... Tapi jangan diam saja tak cakap apa2, itu juga tak elok...



 5. SETIAP ORANG PASTI BUAT SALAH.

Kita ni kan manusia menag tak lepas dari buat kesalahan. Kalau kita tahu kelakuan pasangan kita tu salah, tegurla dengan cara yang baik. Dan bagitau kat mana dia salag, sekurang2nya dia tahu dia salah dan dia akan betulkan kesilapan dia tu.. dan kita sebagai kekasihnya kena sokong dia untuk baiki dia punyer sikap...ok dear...




6. JANGAN MEMBESAR-BESARKAN MASALAH.

Terdapat dalam kalangan kita yang sering membesar2kan masalah yang mereka alami. Jangan la jadi tak matang macam tu. Tak nampak macho & cun beb... Kalau kita tahu kita salah, just minta maaf mengaku kesalahan kita dan jangan ulangi kesalahan yang sama. Nak mengaku kesalahan susah kan??? Tu tandanya kita ni ego... Nak ego biarlah bertempat ya dear... Kecilkan masalah tu macam kuman bawah ni...hehe



OK... SEMOGA BERJAYA..^^





What Women Want?? 1.












Assalamualaikum... hai para pembaca... Tajuk macam serius je bunyinya kan...
 What woman want?? Itu merupakan soalan dari salah seorang kawan lelaki aku...

Kalau kamu kaum hawa apa kamu akan jawab bila pertanyaan ini ditujukan kepada kamu???
Aku pasti setiap orang mempunyai jawapan yang berbeza...

Bila kawan aku tanya aku macam tu, so aku jawabla.. dan dengan pendapat aku sendiri..

" Apabila seseorang tu betul2 sukakan someone, dia akan tahu sendiri apa yang diinginkan oleh pasangannya, kalau kamu belum memahami apa yang dia inginkan, kamu dianggap fail bagi dia"

Ha....tengokla...mulut aku takde insurans betul, eh..bukan mulut..masa tu tangan aku yang menaip mesej..haha... pastu timbulah salah faham..dia ingat aku maksudkan dia..


Katanya " Pompuan tu Kompleks, lelaki takkan dapat tafsir apa yang pompuan nak.."

Yes...Memang...Betul... memang tak dinafikan pompuan tu kompleks dan lelaki tu simple kan...
Lelaki memang susah nak faham pompuan sebab dia tak cuba nak fahami pompuan... Cuba orang lelaki tu belajar memahami pompuan... Memangla  setiap orang tu berbeza... pompuan ada banyak karenah, macam2 ragam.. But kalau lelaki tu cuba belajar  fahami pompuan, mereka akan faham...

Dan bukan lelaki sahaja yang perlu memahami pompuan, pompuan pon perlu memahami lelaki.. kalau kamu faham, senang kamu nak buat keputusan saa ada nak terima atau tidak tingkahlaku pasangan kamu tu.. Kalau tingkahlakunya tak disenangi oleh kamu...cubalah bercakap dan tegur secara lembut.. Ada caranya kan nak tegur secara lembut tanpa menyakitkan hati orang tu...

Bila sedar je yang wujud kesalahfahaman disitu.... aku terus stop dan taknak adakan debat sebab aku tak suka berdebat....  aku pon minta maaf la dengan dia demi menjaga hubungan baik... Biasa la kan salah faham tu akan wujud bila bila masa sahaja, salah satu sebabnya berlainan pendapat dan pendapat itu tidak  dapat diterima....  Macam orang kata la setiap orang tu berbeza...kita kena tahu...


Ceh..macam cikgu pulak aku ni... Okay..sampai ketemu lagi ya dengan next update... Thanks for reading ya pembaca  tersayang..


*maaf aku guna perkataan "aku".. nampak kasar kan..

Sep 7, 2012

KELUHAN SMS DARI SI DIA.



" Geram betul dengan bf aku tu, aku text tak balas..." keluh kawanku.

" kadang2 Lelaki ni tak suka berSMS" Celahku.

" dahla lambat balas, aku antar mesej panjang2, aku dak letak dah tanda soal tapi dia jawab sepatah dua ja.. geram betul"keluh kawanku lagi.

" wei, lelaki tu simple, tak macam kita complex, kita ni suka kan berkias bagai, tapi depa idok la faham mana apa yang kita cakap kan..?? ko perasan x...??" celahku lagi.

"A'ah..memang pon... aku ni beriya2 ingat dia faham apa yang aku cakap, tapi respon dia macam tak da pape pon.. Wei, aku rasa nak bawa ko la p jumpa bf aku, aku nak suh ko tengok dia, dia tu betul ke suka kat aku, sebab dia kata suka kat aku tp tak pernah pon dia kata dia cinta aku, aku yang selalu terhegeh2 selalu kata kat dia " kata kawanku.


" Amboi....ko Ingat aku ni paranormal ke yang boleh baca hati orang..???? haha...
Wei, sesetengah lelaki memang macam tu wei,  susah sangat dia nak luahkan perkataan tu... sebenarnya, dia tunjuk perasaan cinta kat ko tu dengan cara dia sendiri tapi, kita perempuan ni tidok la tahu...mano la tau bahasa tubuh lelaki, atau apa2 pon.. kita nak dengar dari mulut dia sendiri, tapi dia susah la plk nak luahkan... Kita ni nak jugak dia bagitau kat kita kan....Pastu kita ni jadila pikir yang bukan2.. Tapi takkan kita nak paksa dia bagitau kat kita kan... hayoyo... So,ko tunggu dan lihat ja...haha.." balasku.


" betul jugak ehhh...."



* DAH MACAM CIKGU CINTA LA PULAK AKU NI.



KISAH CINTA : CINTA DAN NAFSU.

""



Seronok bila dapat jumpa dengan kawan2 dan borak2 dengan diorang.. Dalam sembang2 kosong tetiba jer kawan aku tanya soalan berbnyi..

" Wei, ko dah ada bf belum..??

Nasi yang nak aku masukkan dalam mulut tak jadi masuk....aku dah agak dah, kawan aku mesti tanya punyer pasal ni..




" Tipu la kau, takkan takde yang berkenang kat ko kat Universiti tu dan takkan kau takda yang berkenang" 

" Betul la wei takda.. kalau ada, ko orang yang pertama aku gtau ha... Lagipon aku belum bersedia lagi la..hati aku ni belum aku bukak untuk seseorang, kalau ada adala...haha" jawab aku sambil sengih2.

" Bf ko orang mana..?? Aku tanya soalan ni terus sebab aku tahu kalau kawan aku tanya pasal bf ni, dia mesti dah ada punyer...haha...


" Eh, ko tau mana aku dh ada bf?? tanya kawan aku.

" Eleh tengok muka pon dah tahu la.." jawabku.

" Eh, aku nak tanya ko kan, aku nak tahu betul ke bf aku tu dia taknak jumpa aku sebab dia bagi alasan macam ni... " SAYA TAK BOLE JUMPA DENGAN AWAK SELALU SEBAB NANTI SAYA TAKUT SAYA TAK BOLEH NAK KAWAL NAFSU SAYA MACAM ARI TU, SAYA TAK TAHAN TENGOK KAMU" Ko rasa dia kata tu betul ke dia saja2 bagi alasan kat aku, sebab aku tak rasa pon dia tu cakap betul, dia macam nak elak dari jumpa dengan aku jer, macam mana ni wei...??? Betul ke dia bgtau tu.. ko rasa mcm mana?? dahla tak bole jumpa, aku rindu kat dia wei... Ko kan belajar psikologi, cuba ko cakap kat aku.."Kata kawanku sambil muncung2 mulut kat aku..

Errrr...terkezut aku dengar... kawan aku ni bila dia bercakap mesti ayat dia panjang2..tanya soalan banyak pulak tu dalam satu masa..haha

dalam fikiran aku " macam mana nak tengok org cakap benar atau bohong?" eh,bukan laki dia cakap depan aku pon macam mana nak detect cakap bohong ke tak.. tapi bila kawan aku tanya rasa tu bermakna pendapat kita la kan??
Then, aku cubala jawab pertanyaan dia.. 

Aku rasa apa yang bf ko cakap tu betul, alasan dia taknak jumpa ko sebab takleh kawal bila dok dengan ko, nasib baik dia tu jenis yang terus terang..jarang lelaki bagi alasan sebegitu..

Lelaki ni ada imaginasi yang buas, nakal dan liar tau....bila dia nampak pompuan tak kira la dari sudut mana sekalipon yang tidak tertutop atau tutop but ketat atau jarang, dia akan cepat stimulate dan berimaginasi, mereka tak macam pompuan... Dah memang lumrah lelaki macam tu... Tak kira la lelaki yang baik ke jahat ke, nafsu mereka sama ja... yang bezanya ada yang boleh kawal dan tak boleh kawal ja... * jgn marah tau insan yg bergelar lelaki.

Dan ada jugak desas desus yang mengatakan" lelaki yang alim2 ni suka kahwin awal2, gatal betul.." Opss bukan aku yang kata, ada orang disekeliling aku... Tapi hakikatnya lelaki alim ka tak alim ka mereka semua ada nafsu yang sama ja... Cuma yang bezanya bagaimana diorang penuhi keinginan mereka, sebab tu lelaki alim pilih untuk kawin untuk elak dari dosa semasa bercinta...


So, kita ni sebagai perempuan kita jangan la nak salahkan kaum lelaki pulak ya kalau dia macam2 dengan kita sebab dah dia ada rasa macam tu.... Kalau dia nak bermacam2 jugak dengan kita, pandai2 la kita elak,  bagi terajang ka, pancung ka, tendang ka, siku ka... haha..kasarnyer...

Ini bukan pendapat aku ja, aku gtau apa yang dipelajari, didengar dan dibaca..ada sokongan ok.. hehe



" Owh..macam tu ke wei...Tapi aku tak pakai seksi, aku pakai sopan2 je, takkan dia bole terangsang kot...??" tanya kawanku lagi.

" Kan aku dah cakap lelaki punyer imaginasi yang nakal, ko pakai la apapon... dia scr outomatiknya... ermmm.. entah.. itu aku xleh nak gtau mcm mana.... Kalu ko nak tahu, baik tanya sang lelaki.." jawabku.


" Tapi aku rindu kat dia wei, dia taknak jumpa aku, aku text pon dia tak balas, ke dia dah taknak kat aku..." 

" aku tahu perasaan ko, tapi ko kenalah sabar, sabar dan sabar.. suatu hari dia akan cari ko jugak kalu dia suka ko" 

" masalahnya sampai bila wei???"

" kalau dia tak contact ko jugak, ko hantar je mesej bersuara nyanyi macam ni.." kalau padi, kata padi tidak aku tertampi2, kalau benci,kata benci tidak aku.......nanti terus menanti".. 


Kawan aku terus gelak dan pukul2 bahu aku.....

"Dah la wei, takda topik lain ka..? malas la topik cintan cintun ko tu.." jawabku..

Kawan aku ni dia banyak tanya skt....macam2 dia tanya...time dia ada masalah, dia cari aku.. katanya nak tahu pendapat aku... Aku ni bukan pakar sangat.. Just aplikasikan apa yg aku blajar dgn situasi... 

Okay, sampai sini saja...next time aku post lagi... Akhir kata, maafkan saya kalau ada tersilap kata.. DAN BE POSITIF OKAY...HEHE

* kepada insan yg bergelar lelaki betul x apa yg aku kata??? kalau salah sory..jangan marah dan terasa na...hehe





Sep 6, 2012

JANGAN BERSEDIH.


Gambar dari pakcik google.

KATA2 DIBAWAH AKU AMBIL DALAM BUKU JANGAN BERSEDIH..

KATA2 ITU TERSIRAT SERIBU MAKNA... SELAMAT MEMBACA..


Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan  segala kemungkinan di masa akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatanmu pada hari ini.

 Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menhilang.

Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang dan menbuat hakikat2 yang ada berubah.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha’, dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih ! sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak takdir dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih ! sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari nyaitan dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan.

Jangan bersedih ! sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam beribadat, malas untuk berjihad, putus harapan, mengheretmu untuk berburuk sangka,dan hanya akan membuat anda menjadi pesimis.

Jangan bersedih ! sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan dan kebingungan.
Jangan bersedih ! sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, da sedekah, ada perbutan baik dan ada amalan yang member manfaat.

Jangan bersedih ! dan jangan menyerah kepada kesedihan dengan tiada melakukan sebarang aktiviti. Solatlah …… bertasbihlah …… bacalah…….. menulislah……. Bekerjalah…… terimalah tetamu…… bersilaturrahim…… dan merenunglah.

Jangan bersedih ! sesungguhnya Allah sentiasa membela anda, para malaikat selalu memintakan keampunan untuk anda, orang2 mukminin bersatu mendoakan diri anda setiap kali selesai solat, Nabi memberikan syafaat, dan Al-Quran memberikan janji yang baik , dan diatas semua itu rahmat Allah selalu meyertai.

Jangan bersedih ! sesungguhnya satu kebaikan itu  akan dibalas dengan sekali ganda, bahkan gandaannya boleh jadi lebih daripada itu. Sedangkan kejahatan itu hanya akan dibalas dengan kejahatan  yang serupa kecuali jika Allah memberikan keampunan.  Betapa maha pemurahnya Allah dengan semua ini  sehingga tiada yang boleh menyamai dan menandingi kedermawanannya.

Jangan bersedih ! kerana andalah pemegang teguh tauhid dan misi agama, ahli kiblat dan dalam diri anda terdapat dasar cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Anda merasa menyesal apabila melakukan dosa, dan gembira ketika melakukan kebaikan. Anda memiliki kebaikan tetapi tidak menyedarinya.

Jann bersedih ! sebab anda  selalu berada dalam kebaikan, baik dalam keadaan sengsara mahupun bahagia, baik dalam keadaan kaya mahupun miskin, dan baik dalam keadaan tertekan mahupun kemudahan.

Janhgan bersedih ! kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena2 telah mengering, lembaran2 ketentuan pun telah dilipat, dan setipa perkara telah ditetapkan! Betapapun , kesedihan anda tidak dapat mendahulukanatau mentakhirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang twlah ditetapkan.

Jangan bersedih ! sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman,menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang, dan mngembalikan aliran sungai ke sumbernya semula.

 Jangan bersedih ! kerana kesedihan  itu laksana badai yang merosakkan cuaca, membuat air bah dimana-mana, mengubah cuaca langit dan merosatkan keindahan bunga2 yang sedang mekar ditaman.

Jangan bersedih ! kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya, ibarat seorang yang meniup bejana dari kulit yang berlubang, dan ibarat seoranga yang menulis di atas air dengan tangannya.

Jangan bersedih ! sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagian dan ketenangan hati anda. Oleh sebab itu,jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam2 anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagian dengan ketakutan, dan jangan mensia2kan waktu anda yang masih tersisa , kerana Allah tidak menyukai orang yang mensia2kan waktu.




CARILAH SAHABAT.

sahabatku dunia akhirat.


Hayatilah kata2 ini...


Saat kukunjungi kekasihku, ia berkata kepadaku:

“ siapakah yang ada di balik pintu? “
Kujawab:
“ yang ada dibalik pintu hanyalah aku. “
Ia berkata:
“ kamu keliru dalam pengertian cinta
Kerana dalam ungkapanmu
Kamu pisahkan antara aku dan kamu
Setahun telah berlalu
Saatku kembali datang kepadanya
Mengetuk pintu rumahnya dengan lembut
Dia berkata kepadaku ‘ Siapa kamu?”
Kujawab “Lihat sendiri, masa tidak kenal
Tetapi aku yakin yang ada di balik pintu
Tiada lain hanyalah kamu.”
Ia berkata kepadaku:
“Sekarang kamu baru memahami erti cinta
Dan mengenalnya dengan baik,
Untuk itu
Silalah masuk, wahai belahan jiwaku.”