BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Jun 20, 2012

ME & EXAM.





Hari  ni dah last exam bagi tahun 2 sem 2, habis je exam terus balik kelantan, xsabor2 nak jumpa famili la katakan..

Subjek2 sem ni merupakan subjek yang paling mencabar, semua paper perlukan usaha yang lebih.

Memang semangat gila study untuk exam ni. Petang aku mencari kawan untuk study group. Tapi time aku study tu tak betul. Sepatutnya malam dalam pukul 12 tu dah tido tapi aku ambil masa tu untuk study sampai subuh dan aku hanya tido sejam atau dua jam jer untuk rehatkan otak. Itulah fara siapa suruh kau study last minit, ketuk kepala kan..haha.

Memang tido aku tak teratur. Kadang2 sehari tido hanya 3-2 jam jer, itu pon tido waktu petang. Haha.. nasib baik aku tak pensang masa exam. Sebenarnya kuantiti atau berapa banyak waktu kita tido tu tak penting, yang penting kualiti tido kita, kita kalau tido mestilah tido dengan sempurna, baru la segar bila bangun. Tapi aku risau jugak dengan kesihatan aku ni, takut tak sihat. 

Bila capai tahap kemuncak exam, aku mengalami exhoustion atau keletihan yang teramat tapi aku kuatkan diri aku ni, study jugak selagi mampu, yela kalau tak study macam mana aku nak jawab nanti, aku balik jugak kat kelantan walaupon badan aku tak bermaya. Semangat woo mau jumpa famili. Aku mengadap jugak blog ni sepatutnya ini time untuk aku rehat. 

Aku harap result untuk sem ni ada perkembangan, harap pointer naik, InsyaAllah...aku dah usaha sedaya upaya aku dan aku hanya tawakkal kepada Allah. Amin...



0 COMMENT. ( ^_^ ):