BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Jun 6, 2012

ANTARA KECANTIKAN FIZIKAL DAN KECANTIKAN SOSIAL?


HARI NI CIKGU TAK SIHAT, CIKGU SURUH BUAT KERJA MASING2... 

CANTIK KAN DIA.


Hari ni aku ambil peluang untuk update my blog... Rindu nak update but xleh nak update hari2 sebab masalah internet.. Blogwalking pon dah kurang tapi sesiapa yang tinggal link dia kat shoxbox aku sebelah ni, aku tetap p lawat blog depa...

Nak tanya korang.. Bila korang lihat someone, korang akan tertarik pada apa..?? kecantikan fizikalnya ataupon kecantikan sosial..??

Kecantikan fizikal tu bermaksud seseorang yang memiliki rupa yang cantik, comel handsome, kacak dll, ataupon memiliki bentuk badan yang menarik. Kecantikan tersebut yang membuatkan orang terpikat dengannnya.

Kecantikan sosial pula bermaksud seseorang yang memiliki kecantikan atau kekacakan dari segi perhubungannya dengan orang di sekelilingnya. Maksudnya orang tu suka libatkan diri dalam aktiviti sosial seperti kebajikan dll. Orang tersebut mempunyai sifat peribadi seperti berani, peramah, berkarisma, aktif. Biasanya orang yang suka jadi ketua kelas, ketua pengawas, pemimpin atau pengarah. Kecantikan tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan mudah jatuh hati padanya.
Tapi ingat!! bukan sosial macam orang yang suka bersosial tu, pergi pub dan macam2 lagi aktiviti yang xberfaedah.... itu bukan kecantikan sosial, itu kehodohan sosial..

Cuba korang recall  zaman sekolah korang dulu, adakah korang mudah tertarik kepada seseorang yang memiliki kecantikan fizikal atau kecantikan sosial??

Dulu... zaman sekolah2 dulu aku mudah sangat tertarik kepada ketua kelas, presiden persatuan, pengarah projek dan macam2 lagi la.. Dulu ramai kawan2 aku gilakan ketua kelas, nak kata handsome xda la handsome sanngat, banyak lagi kot pelajar2 lelaki yang handsome... haha.. Tapi semuanya minat kat ketua kelas, sebab apa??? sebab ketua kelas ni peramah, mudah bergaul, pemimpin, semua orang dia layan dengan baik... Ha.. sebab kecantikan sosial la ramai yang jatuh hati kat dia termasuk la aku sekali, glamourla dia... haha... itu dulu.. sekarang adakah aku masih lagi terpikat dengan someone yang memiliki kecantikan sosial..??? yes..^^


Ada jugak ni cerita sorang kawan aku ni, dimana dia mudah terpikat dengan kumbang2 yang handsome, kacak dll. Dalam persatuan silat tu ada sorang jer kumbang yang handsome, yang not bad la...ada rupa Semua kawan2 aku tergila2 kat lelaki tu.. Aku..?? tak termasuk pon dalam list peminat lelaki handsome tu... Tak dinafikan memang ada rupa tapi dia sedikit pemalu dan pendiam.. So, laki tu tak layan sangat perempuan.. cuma perempuan ja dok jadi secret admire laki tu... Dan nama dia asyik disebut oleh pelajar pompuan...
Boleh nampak kan kat sini, kalau someone tak kira la lelaki atau perempuan yang ada salah satu daripada kecantikan tu akan jadi tarikan orang... kalau ada dua2 lagi la... huhu


Korang faham tak apa yang aku pok pek  ni...??hehe...
Korang mudah tertarik kepada apa...??


Jadi apa yang nak dikatakan disini, Dah memang lumrah kalau orang tu ada rupa, cantik, comel , handsome, kacak akan menjadi tarikan pada seseorang sebab manusia ni kan sukakan keindahan..
Dan satu lagi orang yang jenis extrovert seperti ada kecantikan sosial tu lebih tertarik daripada orang yang introvert.


Tapi tarikan boleh datang daripada apa2 saja... Manusia kan misteri..

Sekian sahaja.. Thanks for reading..

*DOAKAN AKU BERJAYA DALAM  EXAM SEM NI YER... SANGAT TAKUT..





0 COMMENT. ( ^_^ ):