Jun 28, 2012

ME and Outbound UM-UNPAD



Tinggal 2 hari lagi nak fly ke indonesia untuk program outbound di Universiti Malaya(UM) - Universiti Padjajaran(UNPAD).

belum pergi lagi dah ramai yang kirim, famili & kawan2 kirim baju yang cantik2 kat sana & murah.
Mak... saya g sana bukan tujuan untuk membeli belah..hehe.. Aku memang suka membeli belah tapi tidak suka membawa barang banyak2..hahaha.. malangla nasib siapa yang akan jadi pakwe aku nanti, kalu aku beli belah, aku suruh dia yang pegang.haaha.. lari habis..

naik flight kol 6.00 pagi 1 hb 7. Balik sini 22 hb. puasa disana sehari..nasib baik.. kalu tak kempunan la aku nak makan makanan kat sini... 

Lecture kata disana bahaya sikit, safety climate kt sana bahaya, kena pandai jaga diri. Kena jaga duit, passport, laptop & yang sewaktu dengannya la... Aku takut sangat.. tapi takpe, masih ada kawan2 bersama aku disana, aku tak keseorangan.

Kat sana nanti kitorang dah aturkan aktiviti kat sana, macam2 program kat sana.. Nti kitorang akan lawat pesantren, dalam BM panggil apa yer?? rumah kebajikan kot.. Tak sabar nak tengok budak2 kat sana, macam manakah climate diorang kat sana.. Apa yang brbeza dengan Malaysia.

SIAPA YANG TENGAH BACA NI.. TOLONG DOAKAN KITORANG KAT SANA, SEMOGA KITORANG DAPAT MENEMPUH SEGALA CABARAN DISANA, SEMOGA AKTIVITI KITORANG BERJALAN DENGAN LANCAR.



DAH LAMA AKU TAK SHARE INFO2 KAT BLOG NI.. RINDU PULAK NAK SHARE INFO...
SEBENARNYA AKU NAK POST BANYAK INFO2 DISINI TAPI ADA KEKANGAN MASA..
NANTI KALAU ADA MASA AKU KONGSI LA MAKLUMAT YANG KORANG SUKA BACA TERUTAMANYA PASAL CINTA... KAN3.. AKU ADA BANYAK KISAH CINTA NI, TAPI BUKAN KISAH CINTA AKU, KISAH CINTA ORANG DISEKELILING AKU YANG ADA MESEJ DAN PENGAJARAN YANG BOLEH KITA AMBIL... AKU SUKA MENGKAJI CINTA, SEBENARNYA AKU NAK WAT TAJUK TESIS PASAL PSIKOLOGI CINTA TAPI...ALAMAK.. ENTAH LA..MALAS LA AKU, NANTI AKU TERJERAT DENGAN CINTA.HAHA
BANYAK LA KAU MEREPEK FARA... ^_^



Jun 6, 2012

ANTARA KECANTIKAN FIZIKAL DAN KECANTIKAN SOSIAL?


HARI NI CIKGU TAK SIHAT, CIKGU SURUH BUAT KERJA MASING2... 

CANTIK KAN DIA.


Hari ni aku ambil peluang untuk update my blog... Rindu nak update but xleh nak update hari2 sebab masalah internet.. Blogwalking pon dah kurang tapi sesiapa yang tinggal link dia kat shoxbox aku sebelah ni, aku tetap p lawat blog depa...

Nak tanya korang.. Bila korang lihat someone, korang akan tertarik pada apa..?? kecantikan fizikalnya ataupon kecantikan sosial..??

Kecantikan fizikal tu bermaksud seseorang yang memiliki rupa yang cantik, comel handsome, kacak dll, ataupon memiliki bentuk badan yang menarik. Kecantikan tersebut yang membuatkan orang terpikat dengannnya.

Kecantikan sosial pula bermaksud seseorang yang memiliki kecantikan atau kekacakan dari segi perhubungannya dengan orang di sekelilingnya. Maksudnya orang tu suka libatkan diri dalam aktiviti sosial seperti kebajikan dll. Orang tersebut mempunyai sifat peribadi seperti berani, peramah, berkarisma, aktif. Biasanya orang yang suka jadi ketua kelas, ketua pengawas, pemimpin atau pengarah. Kecantikan tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan mudah jatuh hati padanya.
Tapi ingat!! bukan sosial macam orang yang suka bersosial tu, pergi pub dan macam2 lagi aktiviti yang xberfaedah.... itu bukan kecantikan sosial, itu kehodohan sosial..

Cuba korang recall  zaman sekolah korang dulu, adakah korang mudah tertarik kepada seseorang yang memiliki kecantikan fizikal atau kecantikan sosial??

Dulu... zaman sekolah2 dulu aku mudah sangat tertarik kepada ketua kelas, presiden persatuan, pengarah projek dan macam2 lagi la.. Dulu ramai kawan2 aku gilakan ketua kelas, nak kata handsome xda la handsome sanngat, banyak lagi kot pelajar2 lelaki yang handsome... haha.. Tapi semuanya minat kat ketua kelas, sebab apa??? sebab ketua kelas ni peramah, mudah bergaul, pemimpin, semua orang dia layan dengan baik... Ha.. sebab kecantikan sosial la ramai yang jatuh hati kat dia termasuk la aku sekali, glamourla dia... haha... itu dulu.. sekarang adakah aku masih lagi terpikat dengan someone yang memiliki kecantikan sosial..??? yes..^^


Ada jugak ni cerita sorang kawan aku ni, dimana dia mudah terpikat dengan kumbang2 yang handsome, kacak dll. Dalam persatuan silat tu ada sorang jer kumbang yang handsome, yang not bad la...ada rupa Semua kawan2 aku tergila2 kat lelaki tu.. Aku..?? tak termasuk pon dalam list peminat lelaki handsome tu... Tak dinafikan memang ada rupa tapi dia sedikit pemalu dan pendiam.. So, laki tu tak layan sangat perempuan.. cuma perempuan ja dok jadi secret admire laki tu... Dan nama dia asyik disebut oleh pelajar pompuan...
Boleh nampak kan kat sini, kalau someone tak kira la lelaki atau perempuan yang ada salah satu daripada kecantikan tu akan jadi tarikan orang... kalau ada dua2 lagi la... huhu


Korang faham tak apa yang aku pok pek  ni...??hehe...
Korang mudah tertarik kepada apa...??


Jadi apa yang nak dikatakan disini, Dah memang lumrah kalau orang tu ada rupa, cantik, comel , handsome, kacak akan menjadi tarikan pada seseorang sebab manusia ni kan sukakan keindahan..
Dan satu lagi orang yang jenis extrovert seperti ada kecantikan sosial tu lebih tertarik daripada orang yang introvert.


Tapi tarikan boleh datang daripada apa2 saja... Manusia kan misteri..

Sekian sahaja.. Thanks for reading..

*DOAKAN AKU BERJAYA DALAM  EXAM SEM NI YER... SANGAT TAKUT..





TEMPAHAN PAKAIAN DAN ALTERATION MURAH-MURAH

🤷Ada kain pasang tapi tak tahu nak tempah kat tukang jahit mana?  🤷‍♀Ada masalah saiz besar (xxl ke atas) tapi takut tukang jahit taknak a...