BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Jan 30, 2012

LAW OF ATTRACTION.




Korang tahu x apa itu law of attraction??

sains minda ada mengatakan bahawa apabila kita fokus fikiran kita pada sesuatu, gelombang elektromagnet yg terpancar dari minda kita akan menarik apa saja yg berkaitan dgn perkara yg kita fikirkan itu. tujuannya, fikiran liar kita itu berubah menjadi realiti di dunia sebenar.

Maksudnya, apa yang kita selalu fikirkan tu, ada something yang menarik benda2 atau perkara2 yg kita fikirkan tu untuk menjadi kenyataan.

maksud lainnya, minda kita akan menemukan kita dgn orang2 tertentu, situasi2 tertentu  dan perkara2 tertentu spya kita dapat apa yg kita hajatkan.

dia ada macam2, low of attraction dalam cinta atau perhubungan, dalam bisness atau kerjaya kita dan dalam impian kita sendiri.

contohnya macam kamu kerap sgt dok fikir pasal kereta toyota camry iaitu kereta idaman kamu kamu akan perasan yg mata kamu cpt menangkap kereta toyota camry tu lalu lalang, melintas bersimpang siur dia mata kamu. kamu ingin memilikinya suatu hari nanti, setiap hari kamu akan bayangkan kamu naik kereta yg kamu suka, jadi kamu akan berusaha untuk mendapatkannya.

contoh lainnya, kalau kamu sukakan someone, dalam kepala dok fikir dia ja, xda orang lain, asyik dia ,dia dan dia jadi something yg akan menarik kamu untuk terserempak, terjumpa atau terlihat dgn someone yg kamu fikir tu. betul beb..

Ha.. itulah sedikit penjelasan apa itu law of attraction..aku jumpa dgn perkataan ini semasa aku menghadiri sesuatu seminar yg mmg hebat la... bila dah tahu apa yg dimaksudkan dgn perkataan tu, so aku try la buat dalam hidup aku ni, dgr saja tak cukup aku mesti try wat. nak test jer macam mana.

aku wat dgn cara aku sendiri.. first, aku ambik satu buku kosong, macam buku diary la, lepas tu aku tulis kat  buku tu apa yang aku nak tapi kemahuan  dalam satu jangka yang pendek la..

hehe..ari tu aku tulis " Dia mesti mintak no. telefon aku" kat buku law of attraction aku.

selepas beberapa hari kemudian, betul la beb dia mintak no. tepon aku tapi aku memang xsangka betul la sebab dia ni bukan senang beb..mmg xdisangka.

lepas tu ada pulak ari tu, bila hp aku senyap je dgn mesj dri dia, 3 hari dia xmesej, aku cuba la try kata & bayangkan supaya dia send mesej kat aku malam ni dalam jam 10-11 malam, lepas tu mesej dia masuk jam 10.52 malam..haha..xsangka...serius ni aku bagitau... aku cuma test jer, xder niat nak menggatal haha..


bagi student la, kalau kamu rasa takut sangat nak buat presentation dalam subjek yg kamu ambil tu kan, cuba kamu fikir  dan bayangkan sesuatu yang positif semasa kamu present nanti, malam sebelum tido tu kamu bayangkan yang kamu berdiri di depan dengan keadaan yakin, setiap lontaran kata kamu begitu semangat, dan mendapat respon yg memuaskan dari audiens. Pasti hari presentation kamu keesokan harinya berjalan dengan baik.

kata orang minda kita yang mencorakkan diri kita. betul kan...!!

minda kita ni adalah tanda kekuasaan Allah yang maha Esa. minda kita adalah aset utama kita sebagai pakej pelengkap utk kita menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. hanya kerana kita ada minda, kita diangkat menjadi makhluk superior spt yg diceritakan Al-quran.

situasi yg sy bagitau tu adalah contoh yg diambil dari dunia sebenar. ia bukan megik, tapi kerja minda. apa yang kita fikir tu, ia akan datang pada kita, dimuncul dalam hidup kita, ditarik supaya dapat ditemukan dgn kita. jangan pula kamu kata what nonsense yer.

kalau nak cuba, boleh cuba..jangan lupa disertakan dengan doa.. hehe


just FOR share..^^

Jan 29, 2012

BABY HATCH.



KAMU SEMUA PERNAH DENGAR TAK APA ITU BABY HATCH ATAU TEMPAT KHAS PERLINDUNGAN BAYI???

PASTI ADA YANG DAH TAHU DAN ADA JUGAK YANG BELUM TAHU KAN???

BABY HACTH NI BARU JE DILANCARKAN OLEH KERAJAAN, KALAU TAK SILAP 29 MEI 2010, AKU TAK PASTI LA, AKU BAB TARIKH NI AKU FAIL, KALU NAK JAWAPAN YANG PASTI KAMU SEARCH KAT INTERNET JELA..HEHE APA DA..

 BABY HACTH DIWUJUD SEBAB NAK SELAMATKAN BAYI2 YANG TIDAK DIINGINI DAN TIDAK BERDOSA NI DARIPADA MENJADI MANGSA KEKEJAMAN OLEH  MANUSIA YANG BERTINGKAHLAKU MENYIMPANG. BIASA LA DUNIA SEMAKIN MAJU, MANUSIA PON SEMAKIN MAJU JUGAK, DAH XKISAH PASAL APA YANG DIA LAKUKAN. MAIN LANTAK JER.

PADA PENDAPAT KAMU SEMUA LA SETUJU ATAU TIDAK SETUJU KERAJAAN WUJUDKAN BABY HACTH???

AKU TAKNAK DENGAR ATAU BACA PERKATAAN  " TIDAK SETUJU " OK..(NGOK NGEK TD TANYA SGT)

RATA2 MANUSIA YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN KEWUJUDAN BABY HACTH NI..TP APA MOTIF ORANG TU BERPENDAPAT SEDEMIKIAN...??

BAGI AKU ORANG TU IALAH ORANG YANG TIDAK BERFIKIRAN TERBUKA, MENTALITI DIORANG NEGATIF....CUBA BERFIKIRAN YANG POSITIF SIKIT...


RATA2NYA RESPON DARI ORANG RAMAI TERHADAP KEWUJUDAN BABY HATCH CAM NI:

ERM..KERAJAAN WAT BABY HATCH, NANTI SEMAKIN BERTAMBAH LA ZINA.

NANTI RAMAI LA YANG WAT SEKS BEBAS 2.

UNTUNG LA ADA BABY HATCH, BOLEH BUAT BABY BANYAK2, NANTI RAMAI LA BABY YANG TIDAK DIIKTIRAF BAKAL LAHIR.

ERM..XPERLU RISAU LAGI NAK BUAT TUT...ADA BABY HATCH, LETAK JE ANAK SITU.


HURM... AKU KECEWA LA DENGAN FIKIRAN MANUSIA YANG SEBEGINI...MEREKA TAK NAMPAK KE KEBAIKANNYA, MALAH YANG ADA CARI KELEMAHANNYA PULAK...

XDE BEZANYA KALAU BABY HATCH ADA & XDE, MASALAH SEKS BEBAS & ZINA TETAP AKAN BERLAKU KAN.

SEKURANG2NYA KITA DAPAT MENYELAMATKAN BABY YANG TIDAK BERDOSA TU, BABY HATCH JGK BAGI ORANG YANG SUSAH YANG XMAMPU NAK JAGA BABY, DARIPADA DIBUANG ATAU DIBUNUH BABY TU, BAIK BAGI KAT ORANG BABY TU...

ORANG BAIK HATI NAK SELAMATKAN & JAGA  BUDAK TU, KAMU PULAK YANG BANYAK SONGEH...BUKAN KAMU YANG JAGA..


BABY SANGAT COMEL LA, SAYANG LA KALAU BUAT MACAM TU...KAN2.. DULU AKU PERNAH MIMPI AKU DAPAT BABY BOY, WAH...SANGAT COMEL BABY 2, AKU INGAT BETUL DAH... BILA AKU CITER KAT KAWAN AKU DIA KATA DAH TAK LAMA NAK MAKAN NASI MINYAK TU...HAHA..AKU SI HERO PON BOLUM PUNYER...HAHA


BAIK AKU BERHENTI DISINI SEBELUM AKU MEREPEK LEBIH PANJANG HAHA...
AKU RASA, BAHASA AKU KASAR LA KAT ATAS TU, SORRY YE KALAU TERKASAR BAHASA.. PAPEPON SENYUMM..^^

Jan 8, 2012

KEHIDUPAN OH KEHIDUPAN.



KADANG-KADANG APA YANG KITA MAHUKAN DAN INGINKAN DALAM HIDUP KITA TIDAK TERTUNAI ATAU TIDAK TERCAPAI... 

KADANG-KADANG HIDUP BUKANLAH SELALU GEMBIRA DAN SENANG SELALU SEPERTI YANG KITA HARAPKAN... 

KADANG-KADANG SENYUMAN KITA HILANG DARI WAJAH...

KADANG2 KITA MENGELUH DENGAN APA YANG TERJADI PADA KITA...

KADANG-KADANG KITA MENATAP NASIB KITA DAN SALAHKAN TUHAN..


BUKAN NAMANYA KEHIDUPAN JIKA TANPA SEDIH DAN GEMBIRA..

BUKAN NAMANYA MANUSIA JIKA TANPA PERASAAN..

BUKAN NAMANYA SAYANG JIKA TIDAK DIUJI...


INGAT JANGAN SESEKALI MENGELUH....KERNA SETIAP KELUHAN TIDAK MEMBERI APA-APA MANFAAT PADA KITA, DARIPADA KITA MENGELUH LEBIH BAIK KITA BUAT SESUATU YANG BOLEH MEMPERBAIKI KEADAAN. APAKAH TUHAN PERNAH MENGELUH APA YANG KITA BUATT????

JANGAN SESEKALI MENATAP NASIB DAN SALAHKAN ALLAH...KERNA ALLAH SEDANG MENGUJI HAMBANYA. ALLAH TAKKAN UJI HAMBANYA MELEBIHI KEUPAYAANNYA.

INGAT APA YANG KITA LAKUKAN ITU ADALAH KITA, KITA SENDIRI YANG MENCORAKKAN ATAU MEMBENTUK DIRI KITA SAMA ADA BAIK MAHUPUN BURUK.., BUKAN SENANG NAK BERTEMU DENGAN KEBAHAGIAAN TAPI KEBAHAGIAAN AKAN WUJUD BILA KITA BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA PADA KITA...



SEKIAN SAHAJA DARI SAYA..


Jan 7, 2012

FALL IN LOVE.



SIAPA YANG JATUH CINTA NI?? DAH TENTU ORANG YANG TENGAH MEMBACA NI..KAN!!



JATUH CINTA PADA SESEORANG ADALAH SATU SITUASI YANG SUKAR DITAFSIRKAN DENGAN CORETAN. IA MERUPAKAN SATU BENTUK PERASAAN YANG SELALU BERMAIN DIMINDA KERANA SI DIA SELALU SAJA DIMATA. BETUL X?????

UNTUK MENYUKAI SESEORANG HANYA MENGAMBIL MASA YANG SEKEJAP SAHAJA DAN KADANG2 PERASAAN ITU AKAN TERUS DIBUAI DIHATI SEHINGGA MEMBUAHKAN RASA CINTA DAN SAYANG. CUMA KADANG2 CINTA ITU HADIR PADA SESEORANG TEMAN YANG KITA KENALI SEPERTI TEMAN SEKOLAH, UNIVERSITI,TEMAN SEPERMAINAN DAN PADA SESIAPA SAHAJA.

SANGAT SAKIT KAN RASANYA MENYINTAI SESEORANG DALAM DIAM KERANA TERPAKSA MENYIMPAN RAHSIA YANG KUAT. KADANG2 CEMBURU AKAN MENGUASAI DIRI APABILA MELIHAT SI DIA BERMESRA DENGAN ORANG LAIN. INGIN SAJA MENGATAKAN CINTA TAPI KEKUATAN DIRI TIADA. JADI TERPAKSALAH DALAM DIAM MENYIMPAN CEMBURU BERPANJANGAN.


HAISH...KALAU ORANG JATUH CINTA NI KADANG2 KALAU DITEGUR OLEH ORANG YANG MEREKA SUKAI RASA MACAM NAK MENJERIT SATU DUNIA BAHAWA DIA TELAH DITEGUR..HAHA

MACAM ORANG TU, WALAUPUN DITEGUR DENGAN MENGHANTAR MESEJ ATAU CHAT KAT FB PON HATI DAH BERBUNGA.. RASA NAK JERIT JER.." WAHAI DUNIA.. DIA TELAH MENEGURKU" " MAK DIA TEGUR SAYA.." HAHA..

LEPAS TU ADA JUGAK YANG TERSENYUM SEORANG SENDIRI SEHINGGA TERBAWA DALAM MIMPI. SIAP MIMPI KAHWIN LAGI..HUA3..

NAMUN JODOH DITENTUKAN OLEH ALLAH YANG MAHA ESA. TAPI BAGAIMANA KITA MENGETAHUI DIA MEMANG DITAKDIRKAN UNTUK KITA???

ALLAH KURNIAKAN MANUSIA TELINGA UNTUK MENDENGAR, MATA UNTUK MELIHAT, AKAL UNTUK BERFIKIR. JADI GUNALAH SEBAIK2NYA BAGI MENGUNGKAPKAN RAHSIA CINTA YANG TELAH DITAKDIRKAN. KALAU LAMBAT MENGUNGKAPKANNYA NANTI TERLEPASLAH KAMU..HEHEHE






Jan 1, 2012

13 TANDA ORANG YANG JATUH CINTA.






JIKA KAMU MAU TAU SAMA ADA KAMU TELAH JATUH CINTA DENGAN SESEORANG, KAMU BOLEH MENGETAHUINYA MELALUI PERKARA BERIKUT: CHECK LIST YA SAPE YG RASA DIA FALL IN LOVE 2...

1. KAMU TIDAK AKAN MARAH TERLALU LAMA DAN BERUSAHA UNTUK MENGAWAL KEMARAHAN KAMU TERHADAPNYA.

2. KAMU AKAN SENTIASA MERINDUINYA.

3. APABILA BERJALAN DENGAN DIA, KAMU AKAN BERJALAN DENGAN PERLAHAN.

4.KAMU AKAN TERSIPU-SIPU MALU APABILA BERSAMA DENGANNYA.

5. APABILA KAMU BERFIKIR TENTANG DIRINYA, JANTUNG KAMU BERDEGUP PANTAS.

6. HANYA MENDENGAR SUARANYA, KAMU AKAN TERSENYUM TANPA SEBAB.

7. APABILA KAMU MELIHAT DIA, KAMU TIDAK PEDULI ORANG SEKELILING, KAMU CUMA MELIHATNYA.

8. KAMU AKAN MULA MEDENGAR LAGU BERIRAMA BALADA.

9. DIA SENTIASA DIFIKIRAN KAMU.

10. KAMU AKAN SENTIASA TERHIDU BAUNYA.

11. KAMU MENYEDARI BAHAWA KAMU AKAN TERSENYUM APABILA BERFIKIR TENTANG DIRINYA.

12. KAMU AKAN MELAKUKAN APA SAHAJA TENTANG DIRINYA.

13. APABILA KAMU MEMBACA INI, PADA MASA YANG SAMA, ADA SESEORANG DALAM FIKIRAN KAMU. 


HAH.. DH CHECK LIST?? SAPE YANG 13 TANDA NI ADA PADANYA, DAH SAH JATUH CINTA LA 2 KAMU... TP YG ADA SIKIT2 PON ADA JGK.. 

TAPI KAN XPUAS HATI DENGAN SENARAI KE-10 2, KALAU BAU AWEK/PAKWE KAMU YANG XSEBERAPA 2, AKAN SENTIASA TERHIDU BAUNYA KE...HUHU JUST JOKE..

BIAR LA..BKN AKU YG JATUH CINTA.. TP KALU AKU JTH CINTA NANTI, HARAP2 SI PEWANGI...HUAHAHA...