BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow Disini

Feb 19, 2011

Hari Ini Milik Anda

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu ada waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini MATAHARINYA menyinari anda dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar.Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik2nya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini jg.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda sehiingga tidak tersempit dia antara dua kehidupan, masa lalu dan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi di masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.


Pusatkanlah sepenuh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Pada hari inilah, anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khuyu', membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang allah berikan, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepaa orang lain.


Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak, jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun. Tanamlah kebaikan sebanyak2nya pada hari itu. Memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan, mengingat Tuhan, dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh ( mengharapnya). Dengan demikian hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram, serta menerima rezeki isteri, suami anak2, tugas2, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur...

 SAMA2LAH KITA RENUNG2KAN....

0 COMMENT. ( ^_^ ):